Friday, August 28, 2009

+alhamdulillah+

pelajaran dari Allah itu amat berharga dan asbab nya adalah dari manusia. jika aku memandang dari aspek itu maka alhamdulillah.

selesai sudah forum perdana sempena bulan kemerdekaan. maka alhamdulillah. penangan yang hebat dari ustaz Anhar bin Opir dan ustaz Mior Isfandy. menusuk terus dalam jiwa. Diskusi berkaitan dengan kemerdekaan. adakah kita sudah merdeka? seperti laungan keramat tunku dahulu? maka aku rasa ada suatu kesilapan jika kita kata merdeka. kerana hakikatnya kita belum merdeka.

rupanya jarum si laknatullah, sudah bermula tika perang salib lagi. apabila salah seorang pembesar mereka ketika itu berkata, jika kita ingin jatuhkan empayar islam. maka jauhkan mereka dari Al-quran dan hadis. jgn sesekali angkat senjata dengan mereka, kerana kita pasti kalah. maka saraf la jawapannya. nauzubillah, jika ini berlaku di era globalisasi ini. maka tidak ternafi, kita masih di jajah. secara senyap menyusup dalam jiwa.

bila tersedar, rupa-rupanya kita sudah terjajah. nauzubillah.

Alhamdulillah jika sedar.!

*terima kasih yang hadir ke forum tersebut, dan kepada adik2 rexko saya. terima kasih atas kerjasama anda. moga Allah mebalas dengan rahmat ramdhan kareem.!


wasalam.


mahk88
8 ramadhan 1430h
3.30pg.

15 comments:

alang said...

Movie2 dan lagu2 antara medium serangan kafir pada masa kini. Sebab tu ada sesetengah ulamak zaman 80an mengharamkan televisyen pada masa tu.

p/s masa tu mana ada sgt forum2 or kuliah2 agama. Yg ada citer2 melayu yg mendedahkan aurat mcm citer2 P Ramlee. Klau kita perasan ada sesetangah adegan yg menunjukkan P Ramlee mabuk* kerana putus cinta. :D

alang said...

Apapun klau dipandang dari segi bakat dan teladan yg ingin ditonjulkan, P Ramlee antara artis paling berkarisma Malaysia pernah miliki. :D

abuyon said...

salam Handhalah,

Merdeka!

Jangan laung hanya,
jiwa tak merdeka

Merdeka hanya
bila jiwa ini menemui
Tuhannya

_________

Cantik template ni,
boleh tahu kat mana
sumber

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

alang : betui tu alang. itu yang menampakkan keberjayaan barat dalam memasak nilai mereka kedalam diri umat islam.

p ramlee mmg berbakat, namun alangkah indah jika bakat dia digunakan untuk memnyambahkan dahan2 islami.

al fatihah buat beliau!

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

uncle abuyon : wslm, tapi itu yang ssh kerana sekarang jiwa manusia di hidang dengan bdaya hedonisme.

takut2 ramai yang tak sedar, mereka dah di jajah!

abuyon said...

salam Handhalah,

I'm still young u no, hehe
so, call me bro or
abuya

Terima kasih, template

O ya, sebab cantik lamanmu, terimalah hadiah dari saya - sajak Kalam Penyair, tapi baca di sana ya Hijau Tinta abuyon, sajak yang mula-mula

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

ye ke?
minta maaf.
sekadar menghormati yang lebih tua.

terima kasih abuya.
insyaAllah saya akan baca.

abuyon said...

Tak ada apalah Handhalah,
maafmu tidak diterima, sebab
tak salah apapun..he

Saya dah download template tu, terima
kasih ya. Sebab ingat nak create lagi satu blog, tak tahu bila.

So, moga kita terus berinteraksi
di laman ini atau sana

Kalau ada lamanmu khas sajak, saya
hendak link di sana.

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

sama2 dan terima kasih jga buat abuya.

insyaAllah, umur ada, maka peluang itu juga akan ada. untuk terus berinteraksi.

doakan laman sajak itu akan tercipta.

wslm.

oranglidi said...

ghazwul fikr!

ayuh menanganinya!

vidadarisakura said...

sedar2.hee

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

orang lidi : moga terhindar dari perkara itu.

vivi : ku doakan bertambah iman mu di bulan ramadhan ini.!

Aziz said...

Salam, Abu.
Kawanku yang teramat lama dan yang dirindui. ehem2.. hahaha

just wanna inform you that I've just linked your blog to mine! =)

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

aziz : wslm. terima kasih ziz, update la selalu, insyaAllah aku akan jadi pengunjung setia kau.

aku link jga blog kau ya.
selamat berpuasa dan bersahur!

neem said...

assalamualaikum wbt..

dah lama tak jenguk blog ni..

^^

makin serius nampaknye. hehe


walaupun kita sudah merdeka (kita??), tapi kita masih terikat dengan perintah Allah dan RasulNYA

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,