Monday, August 1, 2011

Puasa III

Pagi tadi dalam kelas 1 Dedikasi

"siapa puasa hari ni? "

" saya " ( Semua pelajar dalam kelas angkat tangan . excited gamaknya )

" subuh tadi berapa orang yang solat ? " 

" errr "

" satu, dua, tiga, empat , lima , enam .. enam orang je? "

" tak sempat solat cikgu .. "

" ye ke ? siapa sahur pagi tadi ? " 

" saya cikgu ! " ( woih ! semua angkat tangan )

* ish , budak-budak ni , sahur sempat . subuh tak sempat pula . Jauh di sudut hati . saya doakan mereka mendapat sesuatu ramadhan kali ini . apa guna berlapar dahaga . jika solat di abaikan . rugi sahaja . tidak dapat apa-apa .

kelas berlangsung dengan lancar . sebab saya mula berceramah membebel . sekian .

Puasa II

Malam tadi terawih satu saff sahaja .

Baru 1 Ramadhan .
Kalau 20 Ramadhan . tinggal imam seorang . makmum seorang .
Barangkali

Eh satu lagi . tinggal yang tua sahaja .
yang muda-muda ni ke mana ?

masjid lain mungkin . mungkinlah .
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185
Renungkan bersama .

Sunday, July 31, 2011

Puasa

Sahur tadi makan 
" ayam KFC goreng
  Udang masak rendang merah
  Sosej goreng
  Sayur kobis dengan udang
  Nasi putih "
ok . ini kes betul . tak tipu . 

peh !
buka puasa dengan kurma je lah petang ni . "kalau" . :)

Lupa

" Eh lupa . Saya puasa "

"cis !"

Thursday, July 21, 2011

Seronok jadi cikgu

Pelajar : Cikgu pergi mana tadi ?

saya : Tak ke mana-mana . 
          Cikgu ada ja dalam sekolah ni .

Pelajar : Grr .
Budak-budak mula bengang .

Saya senyum-senyum .

p/s : saya lupa , janji nak jumpa mereka jam 10 pagi . sekian .
 

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,