Monday, July 22, 2013

This is Lahad Datu

Bismillahirrahmanirrahim.

Sudah 3 minggu saya di Lahad Datu. Melapor diri bertugas di SMK Terusan pada 4 Julai yang lalu. Sekolah yang baru beroperasi 3 tahun, maknanya terlalu banyak perkara yang perlu di laksanakan, " start from the scratch" orang bilang. 

sebagai orang baru, guru baru tahap serapan perlu berada dalam keadaan yang tinggi. Alhamdulillah, saya dapat rakan sekerja yang supportive, sahabat yang membantu, masalah secukup rasa, menjadikan hidup berada dalam keadaan bahagia di sini. walaupun kadangkala saya rindu akan keluarga nun jauh di sana, kawan-kawan di Hira. tetapi gagahkan juga hati, Pandai buat pilihan, maka bertanggungjawablah dengan pilihan yang ada.

ya lah, guru baru, muda dan kacak pula tu, maka saya juga tidak terkecuali dengan perasaan semangat berkobar-kobar mahu memandaikan anak bangsa, dan saya harap semangat ini sentiasa di renew dengan kecintaan saya pada anak-anak. bak kata abg bulatan gembira saya dulu, katanya kerja guru ini medan dakwah yang paling besar. manfaatkanlah! kata-kata dia selalu terngiang, ironinya kata-kata itu akan hadir ketika saya sedang bermalas-malasan mahupun bosan. huh!

setakat ini, belum lagi ada kejadian tidak di ingini berlaku, malahan tembak menembak pun tidak berlaku, saya dan kawan-kawan masih boleh makan dengan senang di kedai mamak Rumpun mahupun kedai nasi kerabu wa nasi kukus Nikmat, walaupun dalam keadaan harga ayam, harga rumah, yang semakin meningkat. tapi saya tetap bersyukur MALAYSIA MASIH AMAN, lebih-lebih lagi Lahad Datu yang popular suatu ketika dahulu. Dan saya masih bersabar menunggu kenaikan tarif elektrik pula. Yeay! nasiblah gaji guru gomen ni boleh tahan lah juga. yeay! 

saya rasa, setakat ini sahaja perkongsian saya, sepanjang saya berada di Lahad Datu, nanti kalau ada apa-apa yang menarik, saya kongsikan lagi. sebab saya yakin, akan banyak perkara yang menarik akan berlaku di sini. he he he.

ouh ya, siapa yang mahu datang ke Lahad Datu, boleh la "call me for asisstant" cewaahh.. setakat mahu belanja makan di KFC tu tiada hal lah, sebab setakat ni ayam KFC harga masih maintain. :)

Doakan saya cepat kahwin ya. k

This Is Lahad Datu. 
Yang Merindui. -Sensei-


Monday, April 1, 2013

Dulu

Dulu waktu aku kecil, dunia aku hanya berada di ruang lingkup aku, sangat kecil, aku dangkal, aku tidak berfikir panjang. cuma satu perkara yang sekarang aku bangga dengan diri aku ketika itu, aku punya cita cita, aku mahu jadi guru. aku mahu jadi cikgu. tanpa aku tahu, spesis manusia bagaimanakah aku akan ajar nanti.

yang aku tahu. aku jadi cikgu, aku mahu ajar orang pandai pandai. dan biar mereka berfikiran macam aku, mahu jadi cikgu. itu fikiran aku ketika itu. serius.

Sekarang, aku sudah jadi cikgu. oh, baru aku sedar, ia tidak semudah sangkaan aku dahulu. baru aku sedar, rupanya dulu cikgu aku bersusah payah memandaikan aku. baru aku sedar cikgu aku dahulu selalu makan hati dengan tingkah aku. tapi aku? 

sekarang pesan aku, anda mahu jadi cikgu? sediakan jiwa kalian. sediakan minat kalian. sediakan kesabaran kalian. mengajar itu ibarat pergi ke medan perang. cuma tiada pertumpahan darah sahaja. tapi peritnya, barangkali akan menjadi berganda jika tidak bersedia dengan ketabahan dan minat. 

jangan tanya aku. aku sudah bergelumang dengan dunia ini. doakan aku. doakan aku. doakan aku.

seperti mahu sahaja kembali ke zaman dahulu. tapi itu mustahil. kerana ada kematian yang menunggu aku di hadapan. 

Doakan aku sekali lagi. 


Senyum itu.

Thursday, January 10, 2013

Sempit

Sempit.
Sukar bernafas. sesak.

Aku harap ia tidak ada/berlaku Sabtu ini.

#HKR112

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,