Monday, June 18, 2012

Nah, untuk hang ain


Assalamualaikum,

Maaflah tulisan kali ini tidak akan berbaur skema, kerana ini adalah entri untuk kawan saya, maka izinkan saya menggunakan kata ganti diri hang dan aku. Kerana itu bahasa aku dengan dia. ^^,

Hang jangan nak duk sedih sangat lah ain, aku tau memang perit, tapi benda dah memang jadi, cuba hang duk bayang benda-benda indah ja. Kemon, aku kenal hang dulu tak da lah macam ni, ceria bahagia dan gembira. Oh ya, comot pun sama sebab hang suka pakai baju dan tudung warna tak masuk langsung, kadang-kadang tudung tu senget, bila aku tegur, hang kata suka hati aku lah! Ha ha ha.

Kalau hang rasa apa yang jadi kat hang dah teruk, ketahuilah, ramai lagi yang lebih teruk, ala macam ayat motivasi yang selalu kita dengaq, tapi aku tak tau lah hang pernah dengaq ke tak, ayat dia macam ni, kalau hang takda selipar, tapi ketahuilah ada individu yang takda kaki. Kalau hang rasa perit ada lagi manusia yang lebih perit. Tapi tak adil lah kalau aku bandingkan hang dengan orang lain, sebab tu depa, ini masalah hang kan. Hehehehe.

Tapi kalau hang tetap juga macam ni, sampai bila? pasal nin, aku pun sebak kalau duk tengok hang cerita pasal nin, tapi tak kan pasal benda-benda macam ni nak hapuskan kebahagian yang hang ada. Kalau hang kata separuh kromosom ada, separuh lagi masih ada, Cuma tak macam dulu. Ini bukan pengakhirannya.

Hang kena cuba cari jalan macam mana nak bentuk adik hang agar semua tak jadi mangsa macam kita buat karangan dulu-dulu waktu sekolah. By hook or by crook hang kena juga. Aku takda aa masalah kalau hang nak bersedih, memang hang sedih, tapi hang kena kuat. Kakak sulung kan.

Jalan apa lagi yang hang ada?

Ibnu Qayyim Al Jauziyyah ada mengatakan : “Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali gembira mengenali Allah

Hang cari buku la tahzan, mungkin ada sesuatu di situ. ^^,

Hang jangan marah pulak aku duk tulis pasal hang ni. Saja nak hiburkan hati hang. Aku tahu memang payah dan perit. Cuma kalau kita tak boleh ubah diri orang lain dan keadaan, maka kita ubah diri kita sendiri dan keadaan yang kita boleh bina. InsyaAllah.

Untuk hang Ain. ^^, .

gambaq ni ja yang paling sopan aku jumpak. ha ha ha
hang tengah pakai telekung. nampak beriman sikit. keh3.

Sebagai kawan, ini saja aku dapat bagi. Ha ha ha. Jadilah orang yang paling gembira. ^^, .

p/s : eh, kenapa tetiba aku emo? ha ha ha. selamat petang Ain!

Friday, June 15, 2012

Sombong


Apa lah guna jika kita sombong, lebih malang lagi jika ditambah dengan perkataan bodoh, bunyinya lagi kejam, bodoh sombong. Sudahlah bodoh, sombong pula tu. Percaya atau tidak, semua dalam kalangan kita pernah menjadi bodoh sombong, Cuma kita sahaja tidak sedar.

Percaya atau tidak, saya buktikan. Sebelum itu jawab soalan saya, tidak apa, jawab sahaja dalam hati, kerana hati itu selalu berlaku jujur, ya kerana suara hati tidak akan di dengar oleh orang lain.  Pernah kita melanggar perintah Allah? Ingkar? Maka pada waktu itu kita berada dalam keadaan bodoh sombong, lebih-lebih lagi bila kita tahu apa yang kita lakukan adalah salah. Betul?

Agak keras bunyinya, bukan apa sekadar untuk mengingatkan saudara-saudara saya yang disayangi, agar kelak kita sama-sama masuk ke dalam syurga. Firman Allah dalam surah Al Hujurat ayat 10,

“Orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara saudara kamu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”

Tidak guna kita sombong, kelak memakan diri sendiri. Orang yang sombong sentiasa akan berada dalam keadaan yang statik, sehingga dia tidak sedar bahawa orang lain sudah lama meninggalkan dirinya di belakang. Sebab apa? Sebab “perasan bagus” .

Lebih elok kiranya kita menunduk, berkongsi dan meraikan orang lain. Sentiasa merendah diri, sedia untuk seringkali di ajar dan mengajar. Berkongsi ilmu yang ada, sesungguhnya tiga amalan yang tidak akan putus setelah matinya anak adam ialah salah satunya, ilmu yang bermanfaat di ajarkan kepada orang lain, dan orang lain mengamalkan ilmu tersebut. InsyaAllah.

Berbaktilah kepada semua orang, tidak ada ruginya, kita hak mutlak Allah, maka berilah semampu mungkin kepada masyarakat di sekeliling kita, mengikut keadaan di mana kita di letakkan. Amal yang baik akan sentiasa di kenang, orang yang baik akan sentiasa di doakan, tidak rugi bukan?

Sekadar pandangan, moga ada baiknya buat saya, dan kalian. insyaAllah.

Didiklah anak sedari kecil mengenal penciptanya, moga kelak ia tidak menyombong di dunia.
"Uncle dan auntie sekalian, saya sengaja buat muka garang, nanti ada orang mengorat, bahaya. hehehe" kata Aminah. ^^, . Doakan saya jadi anak yang solehah.

.TintaSiFaqir.

Wednesday, June 13, 2012

Gagal


Assalamualaikum

Frasa gagal sering di salah ertikan sebagai suatu yang negatif, ya mungkin oleh saya, dan juga oleh anda semua. Acapkali apabila sang gagal menjengah dalam hidup kita, kita mula goyah, kita mula rasa payah, dan lebih teruk kita mula berputus asa.

Apa kata, kita tukar frasa gagal itu kepada suatu yang positif, sesuatu yang boleh menjadi katalis untuk menjana kejayaan. Saya teringat kata-kata Bill Gates, salah seorang jutawan yang sangat berjaya. Katanya, "Di Universiti, saya gagal di dalam beberapa subjek, tetapi kawan saya berjaya dalam kesemua subjek, namun begitu, sekarang saya adalah orang yang memiliki syarikat Microsoft, tetapi kawan saya adalah jurutera di syarikat saya"

Nampak? Jika kita melihat kegagalan itu sebagai suatu yang positif, maka ia akan menjadikan diri kita orang yang hebat! Tidak ada manusia yang gagal selagi dia berusaha. Orang yang betul-betul gagal ialah orang yang apabila dia jatuh tersungkur, dia tidak mahu bangkit kembali, putus asa. Lelah!
Dalam hidup ini, banyak kali saya mengalami kegagalan dan kekecewaan dalam hidup. Ya, tidak semua orang boleh menceritakan sisi gelap dalam hidup mereka. Cuma sekadara perkongsian, antara kegagalan yang kita alami,

  •           Gagal untuk menjadi Hamba Allah yang Taat
  •           Gagal untuk menjadi anak yang baik
  •           Gagal untuk menjadi pelajar yang baik
  •           Gagal untuk menjadi sahabat yang baik
  •           Gagal untuk menjadi guru yang baik
  •           Gagal dalam perhubungan perasaan


Dan seribu satu kegagalan yang kita hadapi, kegagalan ini lah yang sering buat kita hiba dan kecewa apabila memikirkan apa yang terjadi. Namu kegagalan-kegagalan inilah yang setiap hari menjadi penyuntik kepada kita untuk terus berjaya dan menggapai impian. Tidak apa gagal sekarang, tetapi jangan sesekali kita berhenti untuk berusaha, biar sehingga menghadap yang Khaliq kelak, kita berada antara orang-orang yang diredhai.
Saya percaya, di sebalik kegagalan yang kita lalui, pasti akan ada kejayaan-kejayaan yang kita kecapi, ada waktu kita bersedih, ada waktu kita bergembira, yang penting jangan pernah untuk kita putus Berdoa. Kerana doa itu senjata mukmin yang paling Ampuh. ^^, .

Merenung sirah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, berdakwah selama 23 tahun tanpa henti, tidak pernah keluar dari mulut baginda keluh kesah dan putus asa, walaupun di uji dengan ujian yang maha berat dalam menyampaikan risalah islam. Maka kenapa kita untuk berputus asa? Gagal?

Gagal yang total bagi seorang muslim itu ialah apabila dia diletakkan di neraka. Nauzubillah. Selagi bernafas, ruang untuk bertaubat dan berubah masih ada. Jalan itu masih ada, pilihlah teman!

"Jangan pernah mengaku kalah dengan masalah! Senyumlah!" 


Jazakallah.

Teratak kecil Hira’
1.50 pagi
Khamis

.TintaSiFaqir.

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,