Tuesday, July 13, 2010

perasaan puas

"eh saya tak puas hati lah dia buat macam tu...
ada ke patut dia buat saya macam tu...
sepatutnya dia kena faham lah... geram betul.. rasa nak belasah je sorang2.."

"sepatutnya".. ayat mandatori yang tidak punya pilihan, melainkan itu yang betul. seringkali sesorang menggunakan perkataan tersebut untuk memenangkan dirinya. dengan kata lain selamat lah.

bagi pendapat saya yang kurang tahu ini, manusia sering kali rasa tidak puas. ada saja perkara yang ingin di bangkang jika perkara tersebut tidak kena dengan selera dirinya. sedangkan dia sendiri tidak pernah untuk cuba memahami situasi dan memahami individu yang di kritik secukup rasa tersebut. sedangkan dalam hatinya ingin orang lain memahmi dirinya. sungguh satu pertukaran timbal balik yang tidak adil. :P

sifir yang cukup mudah :

memahami orang lain + cuba memahami diri sendiri = orang akan memahami diri kamu. :)

bak kata orang, jika kita ingin di bantu, bantulah orang lain, jika kita ingin orang berbuat baik dengan kita, berbuat baiklah dengan orang lain.

err..saya memahami awak ke?


sekian. :)

1 comment:

syahir Mohamad said...

kesian2 tapi bila menunggu kita dapat banyak ilmu.. terutama bila nak jadi pemimpin.. huuhu

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,