Assalamualaikum
perkara yang paling menyesakkan ialah apabila kita terpaksa untuk menunggu sesuatu yang tidak wajar. masalah baru wujud di awal semester kuliah ini ialah kekurangan bas untuk ke kampus. jika dulu saya hanya perlu untuk "que" panjang atau dengan kata lain berebut pada waktu puncak saja. tapi kini saya perlu untuk bersaing naik bas pada waktu yang tak sepatutnya ramai orang. mungkin minggu pertama kuliah saya masih boleh bersangka baik.
oh mungkin adik2 baru ingin ke kampus awal untuk riki dewan kuliah. tapi bila dah masuk minggu ke dua, keadaan masih sama. saya masih perlu termenung melihat mahasiswa menaiki bas. kerana saya tidak suka berebut. pengakuan ikhlas. tak suka berebut ok. :P
bayangkan saya turun dari bilik pada jam 1.20 tgh hari untuk menunggu bas, tapi saya boleh naik bas pada jam 2.20 petang. sadis bukan?
mantiknya saya lewat ke kelas hari ini, dengan muka toya saya masuk kelas tanpa menunjukkan mimik muka sepatutnya. minta maaf dan terus berlalu duduk. nasib si guru memahami. ;)
oh ya, dalam perjalanan ke kelas, saya tak tersengaja terjumpa kawan lama. ya agak lama tak berborak sebenarnya, kalau nampak tu nak kata selalu tidak tapi ada lah, cuma sekadar melambai dan angkat tangan. itu saja.
seorang kawan yang kecik dan sering anggap dirinya muda, tapi memang dia muda pun, apa yang peliknya, saya dapat rasa cara pertuturan dia dah berubah, loghat penang semakin tebal. atau saya lama tak borak dengan dia. kekok pun ada. nak sentap dia pun saya tak sampai hati, kalau tak saya bedal ja, mungkin saya rasa dia dah lain. mungkin dia dah jadi macam gadis-gadis lain. lembut dan ayu. errr betulke ain?... :)
terima kasih lah ain, rasa terubat jga rasa geram saya menunggu lama apabila berborak dengan kamu. :)
serius.jujur.ikhlas.
p/s : kami tidaklah mahu terlalu selesa, tapi biarlah perkhidmatan itu cukup dengan kuantiti pelajar yang anda tambah. pandai buat perubahan pandailah sediakan kemudahan itu pinta kami. oh bas. bila lah kita akan jadi seperti dulu di universiti tercinta ini. :)
sekian. wslm.