asslamaualaikum.
Agak lama tidak kemaskini laman sesawang ni. rindu tika baru mula menceburkan diri dalam bidang laman sesawang ni. semangat nya lain macam, kalau boleh hari-hari nak kemaskini laman sesawang, supaya pengunjung yang datang puas dan mendapat input dari apa yang ingin aku sampaikan. biasalah manusia, cepat bosan dengan apa yang di lakukan. tetapi bila di fikirkan semula, aku perlu untuk menulis, untuk memberi rasa kepada manusia, kalau tak banyak sedikit pun jadilah.
banyak perkara yang terjadi kebelakangan ini, cuma aku agak banyak kekangan untuk menulis, kekangan dari diri aku dan kekangan luar. yang kadangkala buat kau rimas. tetapi ini yang buat hidup kita berwarna warni. pahit manisnya diadun bersama dan ia menjadi satu pengembaraan hidup yang menyeronokkan.
miggu lepas aku berepeluang ke bukit bintang Kuala Lumpur. atas beberapa urusan yang perlu aku lunaskan. aku berada selama tiga hari, dan dalam masa itu aku menginap di hotel federal. bak kata orang, sambil menyelam sambil minum air. jangan tanya apa tugasan yang aku buat di sana, tetapi aku nak cerita tentang gelagat manusia di bukit bintang, dari awal aku jejak keluar dari hotel federal, kepala aku geleng tak sudah. tepuk dahi apa tah lagi, tak terkira. melihat gelagat manusia di bukit bintang. memang sengaja aku keluar pada waktu malam. nak buat kerja lapangan kata aku kepada sahabat aku yang ikut sama. senyum meleret beliau melihat tingkah aku. (tak tahulah apa yang dia fikir. abaikan)
aku keluar bukan saja2. mmg bertujuan nak melihat gelagat manusia di bandar raya gah semalaya ni. hendak mencari bukti kata-kata orang berkenaan dengan kota raya ini, khasnya bukit bintang. dan ternyata kata-kata orang itu 90 percent tepat.(kerna aku bukan selalu berpeluang utk ke kota besar, aku anak kampung sejati yang jarang melihat dunia luar) bukan hak aku untuk menilai manusia, tetapi dengan melihat manusia kita belajar sesuatu. kenapa dia berkelakuan begitu. pasti ada sebabnya. daripada manusia yang keliru dengan gender, sehinggalah peniaga jalanan serta anak muda melayu yang lagaknya seperti mat salleh dan minah salleh. malah mereka lagi lebih. salah siapa? dan tanggungjawab siapa?
dalam pemerhatian melihat gelagat manusia, aku tertarik dengan seorang wanita cina, mungkin umurnya dalam lingkungan 30 an, duduk bersandar di tepi tiang sebuah bangunan, di hadapannya di hampar kain merah, di atas kain merah itu ada bermacam barang-barang antik cina, jed dan kertas-kertas yang aku tidak faham maksudnya. rupanya perempuan itu adalah penilik nasib. rasa nak tergelak pun ada, kalau lah betul dia penilik nasib. kenapa nasib dia tersadai di tepi jalan? (abg saya tak suka saya guna kenapa, tak tahu kenapa, hehehe .). anda fikir lah sendiri.
serius aku mengakui, sepanjang aku berjalan di bukit bintang, aku dapat rasakan yang aku semacam bukan berada di Malaysia yang orang kata penuh dengan budi bahasa dan sopan santun. aku rasa seperti di tipu.
isshh. manusia-manusia. aku dan kamu lah kan?
Pra/Sangka :nak balik kuantan, tapi tiket dah takde. inilah bahana manusia yang suka beli tiket lambat. sekian.(siapa simpati sila sedekahkan tiket anda. hehehe.)
dari madrasah jiwa
sekian.
wslm.
Tuesday, February 9, 2010
menilai manusia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
24 comments:
NAK BUAT MACAMNA BRO.. DAH JADI SEBATI SKANG KEADAAN SEPRTI ITU..
dunia skarang. bagus la ada lagi orang macam lu yang dianugerah untuk terdetik memikir masalah umat macamni.
KL ROCK!
hahaha.
kebiasan tu la yang wa harap berubah. mungkin tunggu imam mahdi turun kot. :)
orang lidi, wa nak ajak lu sama2 pikir. dan lakukan tindakan. tak banyak sikit pun jadilah. :)
thanks.
insyallah.
ABu tak balik? leh laa tlg kami yg x balik juga nie. motippp ;)
ABu tak balik? leh laa tlg kami yg x balik juga nie. motippp ;)
bu sape kawan ko yg senyum meleret tu.... nak tau gak..
pi kl tu...ada pe abu kat kl ?? pehh abu boleh tgk org n analisis tu...hebat aaa abu nie..abu amik bidnag kaunseling ek?? hehe...x bolh guna kenapa tu..haha...lekk aa brade..malam masih muda..
pawiz,
aku dah beli tiket.
aku pulang esok.
hehehe.
assalamualaikum la!
apis : ahaha.
ntah aku pun tak tahu.
abg akram : pi kl jalan2. ha ah, amik kaunseling. seronok seh tgk orang. boleh belajar macam2. tak hebat la. abg lagi hebat. saya belajar dari abg kan? ngee.
kenapa itu pun abg yang ajar. thanks! :)
wslm vivi.
ko rindu kat aku ek.
hahaha.
bukan la!
ko salah eja.
muahahahaha
ya lah.
ndak mau ngaku lagi ba dia.
hehehe.
adoii budak nie..ayat pun makin brutal..oii jadi diri sendiri..jgnb banyak ikut org..amik dan asimilasi...ada ilmu guna..baru berkat..
adoii budak nie..ayat pun makin brutal..oii jadi diri sendiri..jgnb banyak ikut org..amik dan asimilasi...ada ilmu guna..baru berkat..
kalau cakap terang2 kan bagus. senang saya faham.
terang terang..
haa faham ??
baiklah.
lawak anda sungguh lucu.
terima kasih.
biasa abu. neem pernah kuar dgn senior2 sekali. dan terasa takut nak pergi kawasan tu lagi..
terasa macam x selamat.
sbb tu lah byk benda2 yg x sepatutnya berlaku. fikir2kan
yup.
risau tgk mereka yang kat sana. mudah2an semuanya selamt.
ini tugas kita anak muda.:)
Kadang2, aku lihat di Bukit Bintang budak2 Melayu kita lagi Barat dari org Barat. Time ko jalan2 tu, ko pakai Kopiah tak? Klau tak selalunya, bila jalan dekat kaki lima menghala ke Pudu, akan ada Bapak2 tarik suruh urut dekat umah urut diorang siap ngn extra "service".hehe.
huhu.
betul tu lang. pening aku di buatnya.
kebetulan, aku lupa nak tanggal kopiah, aku pakai kopiah hitam. tapi itu pun ada orang promote urut, tapi urut kaki la, yang extra service tu takde plak.
dunia akhir zaman. huh!
ayatmu begitu skema..huhu,,
xya cite bukit bintang,tempat aku ni bukit kutu pn same...:D
hahha.
aku kan nak jadi cikgu.
ayat kena la ilmiah dzul.
ko neh.
maka demikian contohilah aku. hahaha.
Post a Comment