Wednesday, February 24, 2010

rasa hati

Assalamualaikum.

rasa hati selalunya tidak tepat. kadangkala kalau ikutkan hati habis ranah segalanya. entah betul entah tidak. rasa hati aku tidak berapa nak elok kebelakangan ni. rasa-rasa yang lama datang lagi. baru aku sedar yang aku sorok lama di dasar hati. sekarang aku tercari-cari benda yang hilang. tapi aku tak jumpa di mana letaknya benda itu. menyebabkan rasa hati ini tidak tenteram. lain sungguh rasanya. seperti ada suatu yang kosong jauh di sudut hati. tapi tak tercapai untuk aku tuangkan rasa di tempat kosong itu. alahai, pelik sungguh.

aku menelaah berkenaan jiwa manusia, tapi rasa hati aku sendiri tidak mampu aku atasi. mungkin ini rasa yang Allah nak beri, sebelum aku menerima rasa dari orang lain. terima kasih ya Raabul izzati.

~rabbi yassir wala tuassir~

p/s : doakan aku kawan. :)

dari madrasah hati
sekian.
wslm

Tuesday, February 9, 2010

menilai manusia

asslamaualaikum.

Agak lama tidak kemaskini laman sesawang ni. rindu tika baru mula menceburkan diri dalam bidang laman sesawang ni. semangat nya lain macam, kalau boleh hari-hari nak kemaskini laman sesawang, supaya pengunjung yang datang puas dan mendapat input dari apa yang ingin aku sampaikan. biasalah manusia, cepat bosan dengan apa yang di lakukan. tetapi bila di fikirkan semula, aku perlu untuk menulis, untuk memberi rasa kepada manusia, kalau tak banyak sedikit pun jadilah.

banyak perkara yang terjadi kebelakangan ini, cuma aku agak banyak kekangan untuk menulis, kekangan dari diri aku dan kekangan luar. yang kadangkala buat kau rimas. tetapi ini yang buat hidup kita berwarna warni. pahit manisnya diadun bersama dan ia menjadi satu pengembaraan hidup yang menyeronokkan.

miggu lepas aku berepeluang ke bukit bintang Kuala Lumpur. atas beberapa urusan yang perlu aku lunaskan. aku berada selama tiga hari, dan dalam masa itu aku menginap di hotel federal. bak kata orang, sambil menyelam sambil minum air. jangan tanya apa tugasan yang aku buat di sana, tetapi aku nak cerita tentang gelagat manusia di bukit bintang, dari awal aku jejak keluar dari hotel federal, kepala aku geleng tak sudah. tepuk dahi apa tah lagi, tak terkira. melihat gelagat manusia di bukit bintang. memang sengaja aku keluar pada waktu malam. nak buat kerja lapangan kata aku kepada sahabat aku yang ikut sama. senyum meleret beliau melihat tingkah aku. (
tak tahulah apa yang dia fikir. abaikan)

aku keluar bukan saja2. mmg bertujuan nak melihat gelagat manusia di bandar raya gah semalaya ni. hendak mencari bukti kata-kata orang berkenaan dengan kota raya ini, khasnya bukit bintang. dan ternyata kata-kata orang itu 90 percent tepat.(
kerna aku bukan selalu berpeluang utk ke kota besar, aku anak kampung sejati yang jarang melihat dunia luar) bukan hak aku untuk menilai manusia, tetapi dengan melihat manusia kita belajar sesuatu. kenapa dia berkelakuan begitu. pasti ada sebabnya. daripada manusia yang keliru dengan gender, sehinggalah peniaga jalanan serta anak muda melayu yang lagaknya seperti mat salleh dan minah salleh. malah mereka lagi lebih. salah siapa? dan tanggungjawab siapa?

dalam pemerhatian melihat gelagat manusia, aku tertarik dengan seorang wanita cina, mungkin umurnya dalam lingkungan 30 an, duduk bersandar di tepi tiang sebuah bangunan, di hadapannya di hampar kain merah, di atas kain merah itu ada bermacam barang-barang antik cina, jed dan kertas-kertas yang aku tidak faham maksudnya. rupanya perempuan itu adalah penilik nasib. rasa nak tergelak pun ada, kalau lah betul dia penilik nasib. kenapa nasib dia tersadai di tepi jalan? (
abg saya tak suka saya guna kenapa, tak tahu kenapa, hehehe .). anda fikir lah sendiri.

serius aku mengakui, sepanjang aku berjalan di bukit bintang, aku dapat rasakan yang aku semacam bukan berada di Malaysia yang orang kata penuh dengan budi bahasa dan sopan santun. aku rasa seperti di tipu.

isshh. manusia-manusia. aku dan kamu lah kan?

Pra/Sangka :nak balik kuantan, tapi tiket dah takde. inilah bahana manusia yang suka beli tiket lambat. sekian.(
siapa simpati sila sedekahkan tiket anda. hehehe.)

dari madrasah jiwa
sekian.
wslm.

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,