Seorang anak murid bertanya pada saya.
"Muallim, kuasa minda bawah sedar tu macam mana ya?"
jawab saya.
"kalau saya lepaskan se ekor anjing gila di tengah padang, dan awak ada di padang tersebut, apa awak buat?"
"saya akan lari sekuat hati" kata dia.
"kenapa awak lari sekuat hati?" saya tanya dia kembali.
"sebab saya nak selamatkan diri saya, tak kan lah saya nak biar harimau tu makan saya" jawab dia penuh semangat.
"ohh. waktu tu awak rasa, awak lari laju tak?" tanya saya...
"mesti lah laju muallim.. kalau tak mati saya kena gigit dengan anjing gila tu" jawab dia sambil berkerut dahi.
"ha, awak lari laju dari biasa tu lah tenaga bawah sedar awak" kata saya.
"kenapa pula muallim?"
"Sebab, selalunya Subconcious mind ni akan keluar bila kita berada dalam keadaan terdesak. desakan-desakan ini lah yang akan keluarkan tenaga dalam kita. jadi letakkan diri awak dalam keadaan terdesak yang terkawal buat masa ini. seimbangkan desakan dengan keperluan serta emosi. insyaAllah, tenaga dalaman akan dapat di gerakkan dengan baik" ...jelas saya panjang lebar.
"ooo.... terima kasih muallim. faham" dia, tersenyum.
Beri ruang pada diri anda. InsyaAllah. hidup bahagia. hati gembira. moga semuanya baik-baik sahaja sayang. jumpa lagi di catatan akan datang. Assalamualaikum.
tenaga itu seperti bongkah iceberg. kecil di atas, di dasarnya besar 4 kali ganda dari apa yang nampak di permukaan. begitulah tenaga dalaman yang kita ada. :)
Hira'
7.48 malam.