Sunday, July 31, 2011

Puasa

Sahur tadi makan 
" ayam KFC goreng
  Udang masak rendang merah
  Sosej goreng
  Sayur kobis dengan udang
  Nasi putih "
ok . ini kes betul . tak tipu . 

peh !
buka puasa dengan kurma je lah petang ni . "kalau" . :)

Lupa

" Eh lupa . Saya puasa "

"cis !"

Thursday, July 21, 2011

Seronok jadi cikgu

Pelajar : Cikgu pergi mana tadi ?

saya : Tak ke mana-mana . 
          Cikgu ada ja dalam sekolah ni .

Pelajar : Grr .
Budak-budak mula bengang .

Saya senyum-senyum .

p/s : saya lupa , janji nak jumpa mereka jam 10 pagi . sekian .
 

Ramadhan

saya berusaha untuk menunaikan azam .

saya mahu kurus sikit . sikit sahaja . taklah sampai macam Aaron Aziz Osman kering .
Ini jihad juga bukan ?

Thursday, July 14, 2011

Entah betul entah tidak


Manusia ni banyak kelemahan . gua sebagai manusia . tidak terlepas dari kelemahan-kelemahan tersebut . ya , dan memang gua mengaku .

Ini salah satu kelemahan gua . kadang-kadang ke “laut” juga .

Semalam ada anak murid gua datang jumpa gua . dia tanya kat gua begini lebih kurang soalan dia . 

Murid : “cikgu , macam mana nak rajin?”

Gua senyum-senyum . sebab dalam kepala otak gua . memang tiada jawapan untuk soalan itu . jadi gua dengan cerdik tambah bijaksana . gua tanya soalan kat dia .

Gua : “siapa kawal diri kamu?”
Murid : “saya”
Gua : “jadi?”
Murid : “????”

Oleh sebab dia masih tak faham . gua tanya satu soalan lagi .

Gua : “siapa pilih untuk rajin dan malas?”
Murid : “ err.. saya”
Gua : “ jadi ?”
Murid : “ Ok cikgu . saya faham !”

Gua memang tak pandai kalau bab jawab soalan “killer” dari pelajar . selalunya gua bagi balik soalan dekat pelajar . gua tak tahulah cara gua tu betul ke tidak . sebab mengikut pegetahuan gua yang tidak seberapa ni , gua rasa elok bagi pelajar berfikir dari gua bagi jawapan . 

Tapi kekecualian bagi yang betul-betul “kurang cerdik” . gua bagi la jawapan dan haluan sekali dua . kalau payah sangat . gua hempuk sedas . biar begegar neuron . mungkin akan menjadi cepat faham . hahahaha .

Entah betul entah tidak gua ni . tapi jauh dalam hati gua . gua berharap semua anak murid gua berjaya . tak jadi macam gua . jadi perdana menteri pun cukuplah ! hahaha .

Harap-harap pelajar tu betul-betul faham apa yang gua nak sampaikan . kalau nak rajin . gua memang tiada jawapan . mau kentut atau tidak . kita yang pilih kan ? hahahaha . tapi jangan selalu tahan kentut . melawan fitrah semulajadi manusia tu . err . Cuma janganlah buat di tempat orang ramai . sebab kita warga melayu , “kaya dengan budi bahasa kan?” ... tak kan tu pun gua nak beritahu . haih !

Gua merepek je ni . kalau rasa tiada apa yang penting . abaikan entry gua ni . harap-harap tiadalah yang terasa hati sebab gua tulis pasal kentut sikit .

p/s : “daddy” gua tak datang-datang lagi “observe” praktikum gua . ini yang buat gua sampai sekarang tak senang duduk . “daddy” datang la cepat . gua “rinnndduuu” sangat ! hehehe . J

Sekian .

Si kacak,
Aaron .. eh silap .. Muhd Abu Handhalah
Guru pelatih .
SMK Tun Perak .
Padang Rengas .

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,