Wednesday, April 13, 2011

t i d a k | s e n g a j a

secara tidak sengaja kita berkenalan.
pada mulanya saya memang tidak suka.
ya lah, berkenalan secara tidak sengaja.
dan ada juga unsur-unsur paksa.
jujur saya tidak suka.

namun, saya rasa awak tanggungjawab saya.
mula saya berikan ruang supaya awak masuk perlahan-lahan dalam hidup saya.
akhirnya saya dapat terima awak dengan sepenuh hati.
saya sayang awak sepenuh hati.
saya takut suatu hari nanti saya kehilangan awak.

mimpi ngeri saya jadi kenyataan.
betul awak pergi tinggalkan saya.
saya iringi awak dengan air mata.
tetapi saya rela dan redho
kerana saya tahu awak mesti pergi.
dan awak juga tidak rela tinggalkan saya.
dan awak janji nak gantikan yang baru untuk saya.

saya terima janji awak.
dan ya, awak berikan sesuatu yang baru pada saya.
memang pada mulanya saya kekok.
tetapi saya cuba untuk terima.
dan akhirnya saya terima.
walaupun saya tak rasa seperti dulu
tetapi saya tetap gembira.
sbb bayangan awak masih ada.
tetapi jujur saya masih teringatkan awak .

awak ajar saya erti persahabatan.
awak ajar saya erti pengorbanan.
awak ajar saya erti kesetiaan.
awak ajar saya erti kasih sayang.
awak beri saya erti kepimpinan.
awak beri saya erti asertif diri.
awak beri saya erti kefahaman.

banyak perkara awak beri pada saya.....

tetapi sekali lagi saya kena pergi awak.
kali ni. saya yang tinggalkan awak.
saya terpaksa.
saya sedih awak.
tetapi saya kena juga tinggalkan awak.

satu sahaja saya nak awak tahu.
yang saya sayangkan awak sepenuh hati.
cuma saya terpaksa pergi.
itu sahaja. sebab saya tahu awak akan jadi lebih baik.
dengan adanya orang baru dalam hidup awak.
saya tahu mereka akan jaga awak sepenuh hati seperti saya.
mereka akan sayang awak sepenuh hati seperti saya sygkan awak.
mereka akan beri awak sesuatu yang lebih baik.
mereka akan berikan lebih baik daripada saya beri pada awak.
awak jgnlah risau ya !
saya pasti akan ingat awak selalu
sebab awak ajar saya untuk menjadi dewasa .
saya akan kenang kenagan kita bersama ya.
kemas-kemas dalam jiwa saya.
2 tahun kita bersama
terima kasih awak !


TERIMA KASIH JMK KHAR !

:::::::::::::::::::::::::::::::: ::: ::::::::::::::::::::::::::::::::

kepada orang baru. pesan saya.
jaga buah hati pengarang jantung saya baik2.
jgn biarkan ia berduka.
tatanglah bagai minyak yang penuh.
saya bersalah. sebab tak jaga dia baik-baik.
saya serahkan pada anda . =)

jaga JMK KHAR elok2. =)

:::::::::::::::::::::::::::::::: ::: :::::::::::::::::::::::::::::::::

tahniah dan takziah saya ucapkan
sungguh tanggungjawab yang anda pikul sangat berat.
seperti ada seketul batu di pundak.
ambil la ia sebgai pengajaran dan pembelajaran.
serta pengalaman.

buat adik-adik usrah saya.
kamal. shamim. husairi. hafez. dan ilham.
banyak benda yang telah saya sampaikan.
ambil lah sebgai panduan.
yang baik anda ambik. yang buruk jadikan sempadan.
tanggungjawab anda semakin besar.
belajarlah untuk menjadi dewasa
dan saya tahu anda semua hebat-hebat belaka.
lebih hebat dari saya =)

buat sahabat seperjuangan yang akan meneruskan sidang baru
shahrir.zurin.ika.hala.
buat yang terbaik
pastikan anda lebih baik.
cabaran pasti berbeza.
dan pengalaman anda yang lebih itu akan memandu.
jgn risau anda pasti boleh.
jadilah ketua.abg.kakak. kepada anak buah.
dan saya pasti anda lebih tahu .

kepada yang bakal naik.
walaupun saya kurang bersama anda.
tapi anda adalah yang terbaik dalam kalangan terbaik.
gunalah peluang dan ruang yang ada utk menambah ilmu
proses pembelajaran itu masih panjang.
saya doakan yang terbaik buat kalian.

:::::::::::::::::::::::::::::::: ::: ::::::::::::::::::::::::::::::::

buat sham.ilya.rie.kaknisah.jijah.lyn.shirah.atau.waheeda.
fizan.pakdin.mirul.fatin.awin.fakri.krishna.lian.
francis.wak.rina.achik.mariyah.su.aisyah.
kita teruskan perjuangan di lapangan yang lain
seronok kenal anda semua.
terima kasih daun keladi.


ha ha ha.
saja tulis awal
walaupun tak letak jawatan lagi.
tapi ini serius dari hati saya yang dalam !

. . sahabat . .

. . usrati . .

selamat untuk semua.
wslm.

Saturday, March 26, 2011

r a s a

rasa itu banyak
terima kasih Allah
atas memberi rasa

rasa lidah
manis,masam,pahit

rasa hati
sakit,kecewa,gembira

rasa ini buat hidup gembira
penuh warna

eh. saya mengarot apa ni
geli.geli.geli.
rasa juga kan?

berilah rasa risau dan gundah pada para daie
bahawa tugas mereka belum selesai
bahawa banyak kerja islam yang perlu dilunaskan
bahawa selagi bernafas
selagi matahari belum terbit dari barat
rasa selesa itu perlu diletak tepi
kerana jalan daie itu penuh duri
bukan dihampar dengan permaidani !

:::::::::::::::::::::::: ::: ::::::::::::::::::::::::

errr...kalau.....
rasa kaki
sakit kena tendang

ha ha ha.
sekian.

Saturday, February 26, 2011

Ok | Update

ok. saya sudah update. jangan risau. saya sihat-sihat saja. kekangan masa dan emosi menyebabkan saya tidak "update" blog saya. bukan apa, jika tiada suasana kondusif, mental yang sihat, dan jiwa yang tenang, saya tidak mampu untuk menulis dengan baik. "nafsu" untuk menulis juga semakin turun.

semalam ada hamba Allah menghantar soalan ke Formspring (benda apa tu) saya. katanya, kenapa saya lama tidak update blog? dah berhabuk dan bersawang katanya. (dalam hati saya, ada juga silent reader blog ni?..) walaupun penulisan saya gaya pakcik-pakcik kg.pinang sebatang.. tapi dari gaya penulisannya saya rasa saya tahu dia siapa. :)

ok. cik, saya dah "update" blog saya. mudah-mudahan ia memenuhi keperluan anda. saya sekadar memenuhi permintaan. supaya cik tidak hampa. harap-harap cik boleh tidur dengan lena ya. :)

terima kasih kerana sudi menjenguk :)
ikhlas dari budak kacak dan comel

:::::::::::::::::::::::::::::::::::: ::: ::::::::::::::::::::::::::::::::::::

mungkin selepas ini saya akan lama tidak "update" (macam tak biasa kan?). sangat sibuk, sibuk dengan FB. sibuk dengan program. sibuk dengan propsal. asingmet, etc.etc.etc. (kalau Allah beri 48 jam sehari pun tak cukup gamaknya..). Allah... bersyukurlah Manusia. :)

PesananPenaja : Kalau ia melalaikan jauhkanlah ya ALLAH.. :)

.:: Moga dalam Rahmat Allah ::.


Muhd Abu Handhalah
kondominium KHAR
35900 Tg. Malim
10.54 Pagi.

Sunday, February 13, 2011

r a s a | k a s i h

r a s a | k a s i h
bila berbicara tentang rasa kasih. sudah pasti banyak perkara yang berligar di kepala. senarai rasa kasih. "priority" rasa kasih. sudah pasti semua ada "list" tersendiri. dari yang paling kasih. sehinggalah yang kurang kasih (err. macam salah "grammar" melayu). sudah pasti ia berbeza dari segenap peringkat umur. yang sudah berpangkat ibu bapa, rasa kasihnya lebih tertumpah kepada anak-anak. bagi remaja, jika sudah ada yang berpacaran, rasa kasihnya lebih tertumpah kepada si dia. dan begitu juga yang lain-lain. tetapi untuk menjumpai yang rasa kasih dan cinta mendalam pada yang ESA. susah kan? err. tapi itu abstrak kan? susah nak di tunjuk-tunjuk. nanti ujub dan riak pula. fikir sendiri lah.

r a s a | k a s i h
esok hari valentine, hari kekasih kata mereka. maka akan ramai yang memadu kasih pada malam ini. esok, dan seterusnya. yang lelaki menunjukkan belang. yang perempuan merelakan tanda kasih sayag kononya. akhirnya. bulan 11 tahun 2011 akan ramai anak-anak tidak berdosa di letakkan di merata. kesian si kecil, kesian juga si pembuang, kesian juga pada mereka-mereka yang khilaf. moga saya doakan mereka kembali dan selamat dunia akhirat. sedih bila anak yang membesar "tidak berstatus" ini bertanya. siapa ayah dan mak saya? rasa seperti dicarik-carik jantung. luluh rasanya. pesanan saya kepada kawan-kawan jangan memulakan perkara-perkara yang boleh membawa kepada keadaan ini. mudah-mudahan di jauhkan.

r a s a | k a s i h
bagi anak muda yang baru ingin memulakan episod-episod kasih sayang. saya sarankan, kawallah perasaan itu. bagi yang sudah memulakan episod kasih sayang ini, saya sarankan rujuk orang yang tahu, bercinta tidak salah (tetapi ia sukar dikawal), kerana ia fitrah, tetapi carilah lunas yang dibenarkan islam. itupun jika anda kuat dan mampu untuk lakukan. jika tidak fikirlah untuk maslahah diri anda dan masa depan.

r a s a | k a s i h
kerana rasa kasih saya kepada sahabat . saya titipkan perkara ini buat semua. :)

P
ra/SangkaBaik: sedang meraih syukur dan berdoa. buat sahabat di mesir. mudah-mudahan pembentukan kerajaan baru adalah sinar harapan buat semua rakyat mesir.

kerana r a s a | k a s i h saya menulis.

Ibnu | Kamil
kondominium KHAR.
selepas maghrib
13/2/2011

Thursday, February 10, 2011

s u d a h | l a i n

orang kata. saya s u d a h | l a i n . saya tidak pasti di mana. jika penampilan , ya agak berbeza, cuma tidak lah terlalu drastik perubahannya. dari aspek perwatakan dan percakapan, saya akan berubah mengikut keadaan dan subjek. kenalah selaraskan pertuturan dan aras. nanti subjek tidak faham apa yang hendak kita sampaikan.

mungkin ada sisi lain yang saya tida sedar tentang saya s u d a h | l a i n itu, mungkin anda boleh beritahu pada saya. kerana sahabat itu adalah cerminan diri. jika anda sahabat saya yang baik :)

apa pandangan anda. sila respon ?

terima kasih banyak-banyak : )

ibnu kamil
teratak 2-1-9
Tanjong Malim

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,