Sunday, April 18, 2010

program tautan sayang kemudi kasih rimba

Assalamualaikum.
entry kali ini tidak lah serius. jadi jika kamu semua tidak mahu baca, maka abaikan. sila tekan x pada tetingkap pelayar internet. atau tukar saja ke laman web ustaz azhar idrus atau ustaz hasrizal. lebih ilmiah dan komfem2 dapat ilmu baru. :)

ukhwah itu dapat di ikat dengan pelbagai cara. lain manusia lain caranya. dan inilah cara tali-tali ukhwah itu di ikat kemas dan kejap. the story begin... :)

::::::::::::::::::: :: :::::::::::::::::::::::

pagi tadi rumah 2-1-9 dikejutkan dengan suara seekor penguin, menjerit2.. bagun2..dah lewat dah ni, kata nak pi sungai samak. haih, apa lah korang ni. dah-dah..bagun sekarang jgak!!

apa lagi penghuni rimba 2-1-9 pun bangun dengan terpisat-pisat menenyeh mata. mengeluh. tapi program tautan sayang kemudi kasih rimba perlu di laksanakan juga hari ni. setelah perancangan rapi yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa program tautan sayang kemudi kasih rimba selama seminggu. antara orang2 hardcore program ini ialah....

pengarah program : abg amar a.k.a beruang madu.

timbalan pengarah : abg luqman a.k.a kucing batu

ajk makanan : encik ukashah a.k.a eman manan

Ajk kerohanian : abg syuk a.k.a ikan kelah

Ajk keselamtan dan kebersihan : abg pian a.k.a buaya sungai linggi

Ajk fotografi : azmil a.k.a ayam serama

Ajk persembahan : sayful nurasraf a.k.a penguin

Ajk buat kacau : Muhammad abu handhalah a.k.a ?????

itulah Ajk2 yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. dan kerja aku seperti biasalah. mengacau orang lain dan makan je lah. suasana sungguh ceria, seceria zoo negara dan taman perhilitan dengan bunyi-bunyi haiwan yang sungguh mengasyikkan, bertepatan bukan dengan tema program kali ini iaitu kemudi kasih rimba yang bertempat di sungai samak.. hehehe. :)

serius aku kata, walaupun hanya berlapan yang pergi, tetapi cukup2 mendatangkan kesan dan memori yang cukup seronok. dah banyak kali sebenarnya ke sungai samak ni. tapi kali ni paling best. sampai putus nafas gak main air tadi. tapi sangat seronok. ni ada lah serba sedikit gambo yang boleh di lihat. yang sensored tak leh upload, bahaya. hehehe. :P

usaha menghidupkan api..haih..sejam lebih. fail.. :P

ayam yang sedia di bakar. yum.. sedap owh.. hehehe. :P

nampak aku tgh gigih bakar ayam. ada pulak sekor beruang kacau. haih..rasa nak tonyoh je serai kat muka..hahaha. :P (ada sedikit terpaksa disensorkan. aurat...hehe)

sebelum masuk air posing dulu. hahaha. ces...kenapa semua buat muka kiut.. :P


ni lah cara2 komando cari mangsa. yang sebelah tu buaya ok. hahaha. :P

ni sebelum bertukar jadi power rangers. haih. macam2.... hahaha. :P

aha...ni aksi kanak-kanak riang yang tak boleh di ikut. haih... kesian abg pian..saya ringan je tau. 15 kg je.. hehhe. :P


sebelum balik...tangkap gambo dulu.. hehehe. seronok weh.. :P


aku rasa cukup kot, ada dalm 200 keping gambor ajk media ambil.. alih2 gamba dia yang takde, sebab ayam serama tu guna DSLR, dia je tau guna..nasib kau la azmil. mmg nasib jurukamera macam tu. abis madu sepah di buang...eh silap... kerana photographer, gambo takde. hehe.

mmg terbaik ah program kali ini. kalau tak malas gak aku nak membazir masa upload gambar dan edit gambar. tetapi memang seronok. rasa hilang sengal-sengal dalam otak ni. terima kasih baut abg amar, abg luqman, abg pian, abg syuk, ukashah, azmil dan sayful..anda menceriakan hari-hari aku. heheheh. nanti sem depan kalau korang pi lagi, jgn lupa ajak aku eh. jgn sombong-sombong tau.. hehehe. :P

"sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara.... "(al hujurat ayat 10)

maka kamu semua adalah saudara dan adik beradik aku di upsi. hehe. terima kasih daun keladi. nanti kita pergi lagi. moga ikatan ukhwah itu kerana Allah. dan kekal hingga ke akhirnya. :)

itu saja pada kali ini.
sekian.
jazakallah khair.
wslm. :)






Tuesday, April 13, 2010

edisi tidak berfaedah

ah. lama betul blog ni tidak berupdate.
sampai ada orang kata blog aku ni macam warta upsi. keluar 2 minggu sekali.
tapi aku rasa waktu dah lebih. bukan lagi warta upsi.
ni dah jadi warta planet pluto. haih. melampau.

sesuai ke kalau aku kata blog ini perlu di buat pekasam?
tapi....dengan blog ni lah aku kenal ramai orang.
dengan blog ini lah aku improve penulisan.
dengan blog ini aku memberi rasa kepada orang.(itupun kalau ada)
eiii.. tak boleh2. kena teruskan jugak demi kamu yang selalu menelaah blog aku ni.
itupun kalau adalah yang rajin menelaah. fuiiyoo sungguh ilmiah. hee~

bukan tidak ada event yang boleh aku letakkan kat sini , ilmu Allah seluas langit dan bumi boleh di kongsikan. cuma. agak malas. ya. malas. aku mengaku. malas nak update. tapi buka rajin. :)

mungkin hari ni, aku agak lapang dan ada sedikit kerajinan. maka aku menaip lah juga. tapi agak-agak tulisan aku kali ini mendatangkan manfaat untuk kamu atau tidak? haih..rugi-rugi.

banyak perkara berlaku. cuma aku tidak boleh nukilkan di sini. secret maybe.
mungkin lain kali. jika perkara itu betul2 penting untuk di ceritakan. maka aku tuliskan disini.
bila perkara itu aku rasakan mendatangkan manfaat kepada kamu. maka akan aku tuliskan di sini juga. jika mahu tahu perkembangan aku yang semakin berkembang ni. msg atau call je la. kalau takde no telefon minta kat operator atau yellow page (itupun kalau mahulah.aku tak paksa).

sekarang adalah minggu study week. aku harap rakan-rakan aku study elok2 ye. buat yang terbaik. doakan aku. belajar-belajar juga. Allah jgn lupa. itulah kekuatan seorang muslim. aku doakan yang terbaik buat kalian. buat rakan2 empaty, rakan-rakan kelab debat, dan rakan-rakan jmk. tidak lupa buat abg dan kakak aku. haih. buat yang terbaik. :)

sekian utk hari ni.
jazakallah khair.
wslm.

Monday, March 29, 2010

hormatlah dia selagi tidak melanggar syarak

Assalamualaikum.

aku bukanlah orang yang selayaknya untuk berkata tentang hal ini. kerana aku juga selalu khilaf, ada saja yang akan aku komen bila ada perkara yang tak sedap mata memandang. maaf, itu sifat aku yang perlu di "renovate" ke arah yang lebih baik. bak kata orang, diam itu lebih baik dari banyak berkata. jika diam belum tentu nampak bodohnya, tapi kalau dah terlalu banyak cakap, sah-sah bodoh itu orang nampak.

sekadar ingin berkongsi rasa hati, berkenaan perangai kita dengan orang yang memberi ilmu. lebih-lebih lagi jika yang memberi itu amat ikhlas dan bersungguh. amat malang jika si penerima buat acuh tak acuh bukan?

buat-buat seperti si pemberi itu tidak ada di depan, dengan melakukan tingkahlaku "menganyam ketupat" dan menjual "kerepek pisang dan sotong" di belakang dengan volume yang amat tinggi. seolah-olah yang bercakap di hadapan itu bukan manusia.

kepala aku sudah tidak larat utk toleh2 ke belakang. sambil buat signal suruh diam. kerana aku sedar, riak wajah si pemberi ilmu itu sudah bertukar. tapi, si penerima masih sama, buat-buat tidak faham. kalau dah pandai takpe jgak. ni..bila ditanya sepatah tak leh jawab. dah habis kelas baru berpusu-pusu nak tanya. budget macam pelajar cemerlang. haissh~

perkara yang paling aku takut, apabila si pemberi ilmu itu akan terasa hati. kerana aku tau, dia penat lebih dari aku dan semua yang lain. pengorbanan amat besar, kerana kami dia sanggup buat kelas malam walau sehari masih belum jejak kaki di rumah.

pengalaman tika aku di sekolah dahulu, ada seorang pelajar yang begitu cemerlang. memang setiap kali exam, dia lah yang score. cuma, Allah nak uji dia, bila suatu hari.. cikgu matematik buat ujian di dalam kelas. tiba-tiba terpacul dari mulut pelajar tersebut. "alaa...kenapa senang sangat soalan ni? budak tadika pun boleh buat". apa yang di katakan oleh pelajar tersebut di dengari oleh guru tersebut. dan guru tersebut berkecil hati. tetapi di diamkan. apa yang terjadi, Allah nak bayar "cash" kepada pelajar tersebut. apabila tiba keluarnya keputusan SPM. semua subjek dia mampu score A. termasuk Add math. tetapi saubjek matematik dia hanya boleh dapat C. sedangkan sepanjang dia belajar di situ. subjek matematik adalah "makanan" plg mudah baginya.

kisah kedua, seorang pelajar. dari tawau sabah, sahabat baik aku. berlatar belakangkan keluarga yang agak susah. tidak mendapat keputusan yang baik ketika SPM. tetapi bertekad untuk menyambung ke universiti. dan beliau mengambil keputusan untuk sambung STPM. apa yang berlaku pada pelajar ini. hubungan beliau yang begitu baik di jaga antara dia dan guru. semua guru sayangkan pelajar tersebut. walaupun setiap kali exam sekolah, dia hanya mampu memperolehi keputusan yang hanya sekadar nyawa-nyawa ikan orang kata. tetapi sikapnya yang sentiasa menjaga hubungan antara dia dan guru menyebabkan doa guru itu tidak putus2 untuknya. sehinggakan apa yang buat aku terharu dengan beliau, tika petang itu ada exam syariah, dan pada pagi tersebut dia pergi menolong warden asrama untuk membetulkan pagar. atas dasar kerana melihat warden tersebut buat kerja berseorangan. apabila keputusan peperiksaan STPM keluar. beliau antara tiga orang pelajar yang mendapat keputusan terbaik. dan sekarang melanjutkan pelajaran di UKM. berkat usaha dan doa guru.

dua kisah yang berbeza. yang betul-betul terjadi pada aku ketika aku di bangku sekolah. maka aku amat percaya akan berkat ilmu yang diberi oleh guru.

dan hari ini, ada orang yang buat guru aku terasa. sehingga kelas terpaksa di berhentikan awal. sedikit dari waktu jadual tetapi tidak ada seorang di dalam kelas itu semacam perasan non verbal tidak selesa guru aku itu. aku sungguh kecewa dan terasa.

ingatlah. jika kita di rumah. maka ibu bapa kita adalah orang yang kita sayang dan sanjung. tetapi di sini, pensyarah itu ibarat ibu dan ayah kita. maka sayangilah mereka. hormatilah selagi mereka tidak melanggar syarak.

~yang utama jagalah hubungan dengan Allah. dan jagalah hubungan sesama manusia~

aku sekadar meluah apa yang ada dalam hati. untuk berkongsi rasa dengan pembaca sekalian. moga ada manfaatnya.

dari madrsah jiwa
jazakallah khair.
wslm.

Sunday, March 21, 2010

pesta buku pwtc

"asslamualaikum..abu kat mana?" suatu suara dari corong handphone nokia besar gedabak aku ni. terus aku bingkas bangun dan melirik mata pada jam di tangan. "ya ALLAH, dah jam 8.38, pagi, macam mana ni?", bermacam perkara bermain di benak fikiran. nasib lah aku dah solat subuh tadi. macam mana boleh tertidur semula tak tau lah. penat sangat, usai jam 3.00 pagi baru aku melelapkan mata, kerana menyiapkan sedikit tugasan yang perlu di langsaikan segera. untuk pengetahuan semua aku dah janji nak ke pesta buku dengan Abg akram ngan kak mariya di PWTC. maka pagi itu adalah pagi yang paling kelam kabut dalam hidup aku. bayangkanlah, bas jam 8.30 dari sks bahtera, dan jam 9.00 pg di pekan tanjung malim. nak nanges pun ada. sempat lagi pagi tu teringat tulisan steven covey, katanya, "jika anda ingin mengetahui harga masa itu, tanyalah orang yang tertinggal bas atau keretapi ketika hendak ke sesuatu destinasi". maka perkara itu yang aku tengah rasa saat dan tika itu...


aku rasa dah berbakul-bakul aku kena marah ngan abg akram dan kak mariya. tapi apa boleh buat, salah sendiri. pandai-pandai lah tanggung. "abg amar, boleh tak hantar saya ke stesen bas tanjung malim?" dengan muka seposen aku dan buat mata berkaca-kaca meminta simpati. "okey" ..katanya sepatah. yes. hehehe. selesai satu masalah.

sampai ke pekan, terus ah belari macam lipas kudung..(ok, itu aku tipu). aku berjalan dengan kool, buat muka tak bersalah. hehehe. naik bus, pastu terus cari tempat duduk. sudah pasti pada waktu tu aku malu, semua orang tengok, macam aku ni baru turun dari planet pluto. helo...aku manusia okey.. hahaha. pedulikan lah, aku ambil tempat duduk di bahagian belakang. betul-betul belakang abg akram. pastu apa lagi, kena gelak kan ah. senyum je lah. dah salah. buat cara salah. terus aku buat-buat buka buku, heheheh. supaya proses sakat menyakat itu tidak berterusan lebih panjang. malu tauhu??

sampai ke PWTC, "ya ALLAH, ramai nye orang.. macam kat pasar malam tanjung malim". aku dah lah tak leh sangat berlama-lamaan di tempat yang ramai orang. aku akan rasa pening dan serabut. mungkin dari kecil lagi aku tak di biasakan di bawa pergi berjalan-jalan. maka aku amat tidak suka sangat untuk berjalan, kecualilah memang ada perkara yang aku hajatkan. akan aku usahakan sehingga dapat.

memang hajat untuk membeli buku, dan ada pesanan dari housemate aku. beriya-iya meminta aku beli buku trilogi aku terima nikahnya. nukilan ustaz hasrizal. rasa tak sanggup nak hampakan orang. aku juga ada berhajat untuk membeli buku, jadi aku sanggup redah lautan manusia kat pwtc tu. apa yang seronoknya, aku dapat jumpa ustaz hasrizal, selama ni duk baca tulisan kat blog dia je. setiap kali program dia, tiada kesempatan nak pergi. dapat jugalah buah tangan dari ustaz. syukran kathir ya ustaz.. :)

sempat bergambar kenangan dengan ustaz. :)

aku hanya beli buku rindu bau pohon tin, cadangnya nak beli buku secangkir teh. tapi, buku tu tak sampai lagi. maka terpaksa lah aku hold dulu. beli kemudian hari. mungkin ada hikmah yang tersirat. sabar. :)

lepas habis urusan di PWTC, kami pulang ke tanjung Malim. kerana esoknya ada misi lain yang perlu aku lunaskan. nak juga aku cerita kat sini, tapi mungkin entry yang akan datang.. kesah aku bersama bekas-bekas penagih dadah. terlalu banyak yang aku tak tau, tetapi dengan mereka aku dapat tahu. seronok.. :)

till we meet next time.

pesanan buat aku dan kamu, jagalah masa sebaik mungkin. kerana masa kadangkala kita bermasam muka dengan kawan. kerana masa kita tak terlunas banyak perkara. namun ingat, masa tidak salah, yang salah adalah kita, kerana membiarkan masa itu terbuang begitu sahaja.

terima kasih sekali lagi kepada abg dan kakak aku berdua tu. moga2 kamu sentiasa sihat dan dirahmati. saya sayang kamu berdua. :)

dari dasar hati.
jazakallah khair.
wslm

Wednesday, March 17, 2010

bercinta itu amat indah

assalamaualaikum.

sudah lama aku tidak menukilkan apa2 di sini, agak sibuk dengan taklifan sebagai seorang mahasiswa. minggu akhir begini banyak perkara yang perlu di selesaikan. doakan aku dapat selesaikan semuanya dengan baik.

entry kali ini aku ingin berbicara sedikit berkenaan cinta, perkara yang paling dekat di hati oleh semua makhluk yang ada. rasa ingin di sayangi dan menyayangi. itulah fitrah manusia.

ibnu hazm pernah menukilkan dalam bukunya , tauqul hamamah (dibawah naungan cinta) mengatakan “Cinta awalnya permainan dan akhirnya kesungguhan. Dia tidak dapat dilukiskan, tetapi harus dialami agar diketahui. Agama tidak menolaknya, syariat pun tidak melarangnya.

agama tidak pernah menolak cinta, malah memberikan garis panduan yang cukup cantik dan indah untuk di ikuti. malangnya umat nabi muhammad akhir zaman ini banyak yang melanggar garis panduan yang di tetapkan. aku juga sebagai seorang remaja, acapkali terasa ingin bercinta. dan pernah aku terlanjur kata. sehingga menyesal "kenapa mudah sgt aku ungkapkan kata cinta?" dengan wanita yang tidak halal bagi aku. namun dalam keterlanjuran aku masih diberi peluang untuk menginsafi khilaf yang lalu. sehingga aku semat dalam hati, biar kata cinta aku yang mendatang hanya akan ku ungkap buat wanita yang halal untuk aku. itu azam aku!

teringat pesan ibu, ingin aku kongsikan bersama kalian..." abu jika seorang wanita itu berani untuk bercinta dengan kamu, tetapi tiada ikatan yang sah antara kamu. maka tidak mustahil dia akan berlaku curang kepada kamu, kerana kata cinta yang dia ungkapkan amat murah untuk dilafazkan buat orang yang tidak halal untuknya. ibu takut akan berlaku syak wasangka antara suami dan isteri jika percintaan itu tidak mengikut lunas yang islam tetapkan." ~terima kasih ibu~

aku tahu jiwa remaja, ingin di belai dan di kasihi. aku juga sering rasa begitu. tetapi cinta manusia itu..mereka akan pergi. cinta harta itu. harta akan habis. cintailah Allah. insyaALLAH selamat dunia wal akhirah. :)

ini sekadar pandangan aku. jika kamu rasa ianya betul. silakan. jika tidak. abaikan. siapa yang sudah bercinta. teruskan dengan syariat. cepat2kanlah meterai ikatan. agar antara kamu berdua tiada yang ketiga yang berpesta kerana kamu sering berdua2an.

jika tidak mampu, ambillah jalan yang paling selamat. tunggu dahulu sehingga cukup syarat. kemudian teruskan niat suci itu. moga sampai ke akhirnya~

p/s : nak lebih best, aku cadangkan beli buku nukilan ustaz hasrizal "aku terima nikahnya", "bercinta sampai ke syurga" dan "murabbi cinta". insyaAllah dapat sesuatu dari situ. :)

moga-moga ikatan yang termeterai sampai ke syurga.

tiba2 aku rasa nak tulis ttg perkara ini. tidak bermakna aku tgh gatal nak kawen ye..hehehe.
moga ia memberi manfaat kepada pembaca. :)

dari dasar hati
jazakallah khair.
wslm.

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,