sampai ke pekan, terus ah belari macam lipas kudung..(ok, itu aku tipu). aku berjalan dengan kool, buat muka tak bersalah. hehehe. naik bus, pastu terus cari tempat duduk. sudah pasti pada waktu tu aku malu, semua orang tengok, macam aku ni baru turun dari planet pluto. helo...aku manusia okey.. hahaha. pedulikan lah, aku ambil tempat duduk di bahagian belakang. betul-betul belakang abg akram. pastu apa lagi, kena gelak kan ah. senyum je lah. dah salah. buat cara salah. terus aku buat-buat buka buku, heheheh. supaya proses sakat menyakat itu tidak berterusan lebih panjang. malu tauhu??
sampai ke PWTC, "ya ALLAH, ramai nye orang.. macam kat pasar malam tanjung malim". aku dah lah tak leh sangat berlama-lamaan di tempat yang ramai orang. aku akan rasa pening dan serabut. mungkin dari kecil lagi aku tak di biasakan di bawa pergi berjalan-jalan. maka aku amat tidak suka sangat untuk berjalan, kecualilah memang ada perkara yang aku hajatkan. akan aku usahakan sehingga dapat.
memang hajat untuk membeli buku, dan ada pesanan dari housemate aku. beriya-iya meminta aku beli buku trilogi aku terima nikahnya. nukilan ustaz hasrizal. rasa tak sanggup nak hampakan orang. aku juga ada berhajat untuk membeli buku, jadi aku sanggup redah lautan manusia kat pwtc tu. apa yang seronoknya, aku dapat jumpa ustaz hasrizal, selama ni duk baca tulisan kat blog dia je. setiap kali program dia, tiada kesempatan nak pergi. dapat jugalah buah tangan dari ustaz. syukran kathir ya ustaz.. :)
aku hanya beli buku rindu bau pohon tin, cadangnya nak beli buku secangkir teh. tapi, buku tu tak sampai lagi. maka terpaksa lah aku hold dulu. beli kemudian hari. mungkin ada hikmah yang tersirat. sabar. :)
lepas habis urusan di PWTC, kami pulang ke tanjung Malim. kerana esoknya ada misi lain yang perlu aku lunaskan. nak juga aku cerita kat sini, tapi mungkin entry yang akan datang.. kesah aku bersama bekas-bekas penagih dadah. terlalu banyak yang aku tak tau, tetapi dengan mereka aku dapat tahu. seronok.. :)
till we meet next time.
pesanan buat aku dan kamu, jagalah masa sebaik mungkin. kerana masa kadangkala kita bermasam muka dengan kawan. kerana masa kita tak terlunas banyak perkara. namun ingat, masa tidak salah, yang salah adalah kita, kerana membiarkan masa itu terbuang begitu sahaja.
terima kasih sekali lagi kepada abg dan kakak aku berdua tu. moga2 kamu sentiasa sihat dan dirahmati. saya sayang kamu berdua. :)
dari dasar hati.
jazakallah khair.
wslm


