Monday, July 22, 2013

This is Lahad Datu

Bismillahirrahmanirrahim.

Sudah 3 minggu saya di Lahad Datu. Melapor diri bertugas di SMK Terusan pada 4 Julai yang lalu. Sekolah yang baru beroperasi 3 tahun, maknanya terlalu banyak perkara yang perlu di laksanakan, " start from the scratch" orang bilang. 

sebagai orang baru, guru baru tahap serapan perlu berada dalam keadaan yang tinggi. Alhamdulillah, saya dapat rakan sekerja yang supportive, sahabat yang membantu, masalah secukup rasa, menjadikan hidup berada dalam keadaan bahagia di sini. walaupun kadangkala saya rindu akan keluarga nun jauh di sana, kawan-kawan di Hira. tetapi gagahkan juga hati, Pandai buat pilihan, maka bertanggungjawablah dengan pilihan yang ada.

ya lah, guru baru, muda dan kacak pula tu, maka saya juga tidak terkecuali dengan perasaan semangat berkobar-kobar mahu memandaikan anak bangsa, dan saya harap semangat ini sentiasa di renew dengan kecintaan saya pada anak-anak. bak kata abg bulatan gembira saya dulu, katanya kerja guru ini medan dakwah yang paling besar. manfaatkanlah! kata-kata dia selalu terngiang, ironinya kata-kata itu akan hadir ketika saya sedang bermalas-malasan mahupun bosan. huh!

setakat ini, belum lagi ada kejadian tidak di ingini berlaku, malahan tembak menembak pun tidak berlaku, saya dan kawan-kawan masih boleh makan dengan senang di kedai mamak Rumpun mahupun kedai nasi kerabu wa nasi kukus Nikmat, walaupun dalam keadaan harga ayam, harga rumah, yang semakin meningkat. tapi saya tetap bersyukur MALAYSIA MASIH AMAN, lebih-lebih lagi Lahad Datu yang popular suatu ketika dahulu. Dan saya masih bersabar menunggu kenaikan tarif elektrik pula. Yeay! nasiblah gaji guru gomen ni boleh tahan lah juga. yeay! 

saya rasa, setakat ini sahaja perkongsian saya, sepanjang saya berada di Lahad Datu, nanti kalau ada apa-apa yang menarik, saya kongsikan lagi. sebab saya yakin, akan banyak perkara yang menarik akan berlaku di sini. he he he.

ouh ya, siapa yang mahu datang ke Lahad Datu, boleh la "call me for asisstant" cewaahh.. setakat mahu belanja makan di KFC tu tiada hal lah, sebab setakat ni ayam KFC harga masih maintain. :)

Doakan saya cepat kahwin ya. k

This Is Lahad Datu. 
Yang Merindui. -Sensei-


Monday, April 1, 2013

Dulu

Dulu waktu aku kecil, dunia aku hanya berada di ruang lingkup aku, sangat kecil, aku dangkal, aku tidak berfikir panjang. cuma satu perkara yang sekarang aku bangga dengan diri aku ketika itu, aku punya cita cita, aku mahu jadi guru. aku mahu jadi cikgu. tanpa aku tahu, spesis manusia bagaimanakah aku akan ajar nanti.

yang aku tahu. aku jadi cikgu, aku mahu ajar orang pandai pandai. dan biar mereka berfikiran macam aku, mahu jadi cikgu. itu fikiran aku ketika itu. serius.

Sekarang, aku sudah jadi cikgu. oh, baru aku sedar, ia tidak semudah sangkaan aku dahulu. baru aku sedar, rupanya dulu cikgu aku bersusah payah memandaikan aku. baru aku sedar cikgu aku dahulu selalu makan hati dengan tingkah aku. tapi aku? 

sekarang pesan aku, anda mahu jadi cikgu? sediakan jiwa kalian. sediakan minat kalian. sediakan kesabaran kalian. mengajar itu ibarat pergi ke medan perang. cuma tiada pertumpahan darah sahaja. tapi peritnya, barangkali akan menjadi berganda jika tidak bersedia dengan ketabahan dan minat. 

jangan tanya aku. aku sudah bergelumang dengan dunia ini. doakan aku. doakan aku. doakan aku.

seperti mahu sahaja kembali ke zaman dahulu. tapi itu mustahil. kerana ada kematian yang menunggu aku di hadapan. 

Doakan aku sekali lagi. 


Senyum itu.

Thursday, January 10, 2013

Sempit

Sempit.
Sukar bernafas. sesak.

Aku harap ia tidak ada/berlaku Sabtu ini.

#HKR112

Monday, December 31, 2012

Tahun Baru. Aku Lama

Tahun Baru Masihi.

tiada yang baru.
cuma umur aku bakal menginjak 25.

itu sahaja.
Mati aku semakin hampir.

Harapan terakhir untuk blog ini, agar blog ini ada post baru. ya harapan untuk blog sendiri untuk tahun baru. "Action, after make an intention".

tiada masalah untuk berazam. tiada masalah juga kalau anda ada azam baru setiap tahun. tiada masalah juga kalau anda tidak berusaha untuk mencapai azam anda. itu pilihan anda. sedangkan berniat benda baik pun sudah mendapat pahala. apa salahnya azam perkara yang baik-baik? Positiflah. terlaksana atau tidak, itu perkara ke dua. itu pilihan anda. hidup ini mudah kan? jangan rumitkan teman.

Salam Tahun Baru Masihi.
Aku semakin lama. tiada yang baru.

Sekian.
Ikhlas. Dari Encik Abu yang semakin lama dan tua. dan akan pergi.

aku lah tu. si tua. doakan pengakhiran aku husnul khatimah ya! 

Sunday, November 4, 2012

Doa

Doa itu bikin hati tenang.
Doa itu bikin jiwa senang.
Doa itu bikin yang susah jadi senang.

Doa itu Senjata.
Doa itu Pendinding setia.
Doa itu Mendekatkan diri pada yang Esa.

maka berdoa.
jangan sombong.

Comel kan? 
credit (google image)

Hira'
3.36 ptg.

Terasa

Ia sakit menyucuk.
sering buat kita lelah.
sering buat kerja lengah.
sering buat kita gundah.

maka jaga hati. terasa pada tempat yang sepatutnya. abaikan perkara yang tidak sepatutnya. kelak ia akan mengundang bahaya. bahaya sakit hati. sakit hati itu lebih sakit dari sakit luka.

ubatnya hanya satu. istighfar dan doa.
semoga berjaya.

Hira'
8.12 malam.

Kuasa minda bawah sedar

Seorang anak murid bertanya pada saya.

"Muallim, kuasa minda bawah sedar tu macam mana ya?"

jawab saya.
"kalau saya lepaskan se ekor anjing gila di tengah padang, dan awak ada di padang tersebut, apa awak buat?"

"saya akan lari sekuat hati" kata dia.

"kenapa awak lari sekuat hati?" saya tanya dia kembali.

"sebab saya nak selamatkan diri saya, tak kan lah saya nak biar harimau tu makan saya" jawab dia penuh semangat.

"ohh. waktu tu awak rasa, awak lari laju tak?" tanya saya...

"mesti lah laju muallim.. kalau tak mati saya kena gigit dengan anjing gila tu" jawab dia sambil berkerut dahi.

"ha, awak lari laju dari biasa tu lah tenaga bawah sedar awak" kata saya.

"kenapa pula muallim?"

"Sebab, selalunya Subconcious mind ni akan keluar bila kita berada dalam keadaan terdesak. desakan-desakan ini lah yang akan keluarkan tenaga dalam kita. jadi letakkan diri awak dalam keadaan terdesak yang terkawal buat masa ini. seimbangkan desakan dengan keperluan serta emosi. insyaAllah, tenaga dalaman akan dapat di gerakkan dengan baik" ...jelas saya panjang lebar.

"ooo.... terima kasih muallim. faham" dia, tersenyum. 

Beri ruang pada diri anda. InsyaAllah. hidup bahagia. hati gembira. moga semuanya baik-baik sahaja sayang.  jumpa lagi di catatan akan datang. Assalamualaikum.


tenaga itu seperti bongkah iceberg. kecil di atas, di dasarnya besar 4 kali ganda dari apa yang nampak di permukaan. begitulah tenaga dalaman yang kita ada. :)

Hira'
7.48 malam.

Sunday, October 21, 2012

Terkini

Sudah 7 bulan aku menjadi kaunselor di Sekolah Menengah Islam hira.
ya 7 bulan.

Sekolah itu taman tarbiah.
Sekolah itu ada biah yang solehah.
Sekolah itu membina generasi rabbani.
Sekolah itu menghasil para daie

Aku muallim sekolah itu.
Moga layak aku di situ, kena pada tempatnya.

masih ceria. gembira. muda, dan bujang.
Assalamualaikum..

teratak bujang hira'. 
1.02 pagi

Monday, June 18, 2012

Nah, untuk hang ain


Assalamualaikum,

Maaflah tulisan kali ini tidak akan berbaur skema, kerana ini adalah entri untuk kawan saya, maka izinkan saya menggunakan kata ganti diri hang dan aku. Kerana itu bahasa aku dengan dia. ^^,

Hang jangan nak duk sedih sangat lah ain, aku tau memang perit, tapi benda dah memang jadi, cuba hang duk bayang benda-benda indah ja. Kemon, aku kenal hang dulu tak da lah macam ni, ceria bahagia dan gembira. Oh ya, comot pun sama sebab hang suka pakai baju dan tudung warna tak masuk langsung, kadang-kadang tudung tu senget, bila aku tegur, hang kata suka hati aku lah! Ha ha ha.

Kalau hang rasa apa yang jadi kat hang dah teruk, ketahuilah, ramai lagi yang lebih teruk, ala macam ayat motivasi yang selalu kita dengaq, tapi aku tak tau lah hang pernah dengaq ke tak, ayat dia macam ni, kalau hang takda selipar, tapi ketahuilah ada individu yang takda kaki. Kalau hang rasa perit ada lagi manusia yang lebih perit. Tapi tak adil lah kalau aku bandingkan hang dengan orang lain, sebab tu depa, ini masalah hang kan. Hehehehe.

Tapi kalau hang tetap juga macam ni, sampai bila? pasal nin, aku pun sebak kalau duk tengok hang cerita pasal nin, tapi tak kan pasal benda-benda macam ni nak hapuskan kebahagian yang hang ada. Kalau hang kata separuh kromosom ada, separuh lagi masih ada, Cuma tak macam dulu. Ini bukan pengakhirannya.

Hang kena cuba cari jalan macam mana nak bentuk adik hang agar semua tak jadi mangsa macam kita buat karangan dulu-dulu waktu sekolah. By hook or by crook hang kena juga. Aku takda aa masalah kalau hang nak bersedih, memang hang sedih, tapi hang kena kuat. Kakak sulung kan.

Jalan apa lagi yang hang ada?

Ibnu Qayyim Al Jauziyyah ada mengatakan : “Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali gembira mengenali Allah

Hang cari buku la tahzan, mungkin ada sesuatu di situ. ^^,

Hang jangan marah pulak aku duk tulis pasal hang ni. Saja nak hiburkan hati hang. Aku tahu memang payah dan perit. Cuma kalau kita tak boleh ubah diri orang lain dan keadaan, maka kita ubah diri kita sendiri dan keadaan yang kita boleh bina. InsyaAllah.

Untuk hang Ain. ^^, .

gambaq ni ja yang paling sopan aku jumpak. ha ha ha
hang tengah pakai telekung. nampak beriman sikit. keh3.

Sebagai kawan, ini saja aku dapat bagi. Ha ha ha. Jadilah orang yang paling gembira. ^^, .

p/s : eh, kenapa tetiba aku emo? ha ha ha. selamat petang Ain!

Friday, June 15, 2012

Sombong


Apa lah guna jika kita sombong, lebih malang lagi jika ditambah dengan perkataan bodoh, bunyinya lagi kejam, bodoh sombong. Sudahlah bodoh, sombong pula tu. Percaya atau tidak, semua dalam kalangan kita pernah menjadi bodoh sombong, Cuma kita sahaja tidak sedar.

Percaya atau tidak, saya buktikan. Sebelum itu jawab soalan saya, tidak apa, jawab sahaja dalam hati, kerana hati itu selalu berlaku jujur, ya kerana suara hati tidak akan di dengar oleh orang lain.  Pernah kita melanggar perintah Allah? Ingkar? Maka pada waktu itu kita berada dalam keadaan bodoh sombong, lebih-lebih lagi bila kita tahu apa yang kita lakukan adalah salah. Betul?

Agak keras bunyinya, bukan apa sekadar untuk mengingatkan saudara-saudara saya yang disayangi, agar kelak kita sama-sama masuk ke dalam syurga. Firman Allah dalam surah Al Hujurat ayat 10,

“Orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara saudara kamu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”

Tidak guna kita sombong, kelak memakan diri sendiri. Orang yang sombong sentiasa akan berada dalam keadaan yang statik, sehingga dia tidak sedar bahawa orang lain sudah lama meninggalkan dirinya di belakang. Sebab apa? Sebab “perasan bagus” .

Lebih elok kiranya kita menunduk, berkongsi dan meraikan orang lain. Sentiasa merendah diri, sedia untuk seringkali di ajar dan mengajar. Berkongsi ilmu yang ada, sesungguhnya tiga amalan yang tidak akan putus setelah matinya anak adam ialah salah satunya, ilmu yang bermanfaat di ajarkan kepada orang lain, dan orang lain mengamalkan ilmu tersebut. InsyaAllah.

Berbaktilah kepada semua orang, tidak ada ruginya, kita hak mutlak Allah, maka berilah semampu mungkin kepada masyarakat di sekeliling kita, mengikut keadaan di mana kita di letakkan. Amal yang baik akan sentiasa di kenang, orang yang baik akan sentiasa di doakan, tidak rugi bukan?

Sekadar pandangan, moga ada baiknya buat saya, dan kalian. insyaAllah.

Didiklah anak sedari kecil mengenal penciptanya, moga kelak ia tidak menyombong di dunia.
"Uncle dan auntie sekalian, saya sengaja buat muka garang, nanti ada orang mengorat, bahaya. hehehe" kata Aminah. ^^, . Doakan saya jadi anak yang solehah.

.TintaSiFaqir.

Wednesday, June 13, 2012

Gagal


Assalamualaikum

Frasa gagal sering di salah ertikan sebagai suatu yang negatif, ya mungkin oleh saya, dan juga oleh anda semua. Acapkali apabila sang gagal menjengah dalam hidup kita, kita mula goyah, kita mula rasa payah, dan lebih teruk kita mula berputus asa.

Apa kata, kita tukar frasa gagal itu kepada suatu yang positif, sesuatu yang boleh menjadi katalis untuk menjana kejayaan. Saya teringat kata-kata Bill Gates, salah seorang jutawan yang sangat berjaya. Katanya, "Di Universiti, saya gagal di dalam beberapa subjek, tetapi kawan saya berjaya dalam kesemua subjek, namun begitu, sekarang saya adalah orang yang memiliki syarikat Microsoft, tetapi kawan saya adalah jurutera di syarikat saya"

Nampak? Jika kita melihat kegagalan itu sebagai suatu yang positif, maka ia akan menjadikan diri kita orang yang hebat! Tidak ada manusia yang gagal selagi dia berusaha. Orang yang betul-betul gagal ialah orang yang apabila dia jatuh tersungkur, dia tidak mahu bangkit kembali, putus asa. Lelah!
Dalam hidup ini, banyak kali saya mengalami kegagalan dan kekecewaan dalam hidup. Ya, tidak semua orang boleh menceritakan sisi gelap dalam hidup mereka. Cuma sekadara perkongsian, antara kegagalan yang kita alami,

  •           Gagal untuk menjadi Hamba Allah yang Taat
  •           Gagal untuk menjadi anak yang baik
  •           Gagal untuk menjadi pelajar yang baik
  •           Gagal untuk menjadi sahabat yang baik
  •           Gagal untuk menjadi guru yang baik
  •           Gagal dalam perhubungan perasaan


Dan seribu satu kegagalan yang kita hadapi, kegagalan ini lah yang sering buat kita hiba dan kecewa apabila memikirkan apa yang terjadi. Namu kegagalan-kegagalan inilah yang setiap hari menjadi penyuntik kepada kita untuk terus berjaya dan menggapai impian. Tidak apa gagal sekarang, tetapi jangan sesekali kita berhenti untuk berusaha, biar sehingga menghadap yang Khaliq kelak, kita berada antara orang-orang yang diredhai.
Saya percaya, di sebalik kegagalan yang kita lalui, pasti akan ada kejayaan-kejayaan yang kita kecapi, ada waktu kita bersedih, ada waktu kita bergembira, yang penting jangan pernah untuk kita putus Berdoa. Kerana doa itu senjata mukmin yang paling Ampuh. ^^, .

Merenung sirah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, berdakwah selama 23 tahun tanpa henti, tidak pernah keluar dari mulut baginda keluh kesah dan putus asa, walaupun di uji dengan ujian yang maha berat dalam menyampaikan risalah islam. Maka kenapa kita untuk berputus asa? Gagal?

Gagal yang total bagi seorang muslim itu ialah apabila dia diletakkan di neraka. Nauzubillah. Selagi bernafas, ruang untuk bertaubat dan berubah masih ada. Jalan itu masih ada, pilihlah teman!

"Jangan pernah mengaku kalah dengan masalah! Senyumlah!" 


Jazakallah.

Teratak kecil Hira’
1.50 pagi
Khamis

.TintaSiFaqir.

Sunday, March 4, 2012

Potensi

Assalamualaikum

Potensi ibarat satu bongkah ais yang terbenam di dasar lautan. yang kita sendiri tidak tahu sebesar mana bongkah ais tersebut. sehingga, apabila bongkah ais itu berjaya membuatkan kapal titanic karam. Maka barulah orang sedar, bahawa potensi adalah suatu perkara yang luar biasa dan hebat!

i
Kesedaran

Sedar atau tidak, kita sendiri tidak tahu, apa sebenarnya potensi yang ada di dalam diri kita. Kadangkala kita cuba melakukan sesuatu perkara bergantung kepada keadaan sekeliling kita. Faktor orang yang signifikan dan desakan-desakan yang mendesak, menyebabkan potensi yang ada dalam diri kita terkeluar dengan sendirinya. maka pada waktu itu baru kita sedar "oh,rupanya aku boleh lakukan perkara ini" . Maka pada tahap ini, kesedaran akan wujud, untuk memajukan dan mengembangkan lagi potensi yang kita ada. Maka potensi ini akan berkembang sama ada menjadi ke arah yang baik, ataupun sebaliknya. Sama ada ia memberi manfaat atau memberi mudarat kepada orang lain. Kita tentukan.

ii
Kepelbagaian

Oleh kerana manusia itu adalah ciptaan Khaliq yang paling ajaib dan sempurna, maka sudah pasti ia hadir di muka bumi ini dengan kepelbagaian bagi memakmurkan bumi. Ada yang berkulit putih, sawo matang, dan hitam manis. semua ini Allah jadikan supaya manusia sentiasa berkenal-kenalan sesama mereka, meraikan kepelbagaian yang ada, dan sering lengkap melengkapi antara mereka. Tetapi adakah realitinya begitu? Fikirkan dan bertindak.

Moga-moga ia bermanfaat.
Serlahkan potensi anda. usaha, usaha, usaha. dan berdoa. 
semua manusia boleh berubah ke arah yang lebih baik. ^_^ .


Saturday, March 3, 2012

Tips menjadi orang yang hebat.

Assalamualaikum

Orang mukmin yang berjaya dan hebat ialah orang yang ada padanya dua perkara.

i

Menyeru kepada yang makruf.

ii 

Mencegah kepada yang mungkar.

insyaAllah. Di susuli pula dengan sifat Quwwah (kuat) dan Hasanah (baik).
Moga-moga menjadi mukmin dan mukminah yang hebat. InsyaAllah.



10 Muwasafat tarbiyah untuk menjadi mukmin yang baik.

credit : google image.

P/s : memilih pemimpin yang baik dan beriman itu adalah wajib. Hidup berjemaah juga adalah wajib. 

Wednesday, February 29, 2012

Bersabarlah

Assalamualaikum.

Allah beri kita ruang dan peluang, untuk hidup di muka bumi ini sudah cukup memberi makna kepada kita. Sudah cukup untuk menggambarkan betapa Untungnya kita. Lebih-lebih lagi kita lahir dengan nikmat Iman dan Islam. Nikmat yang tidak semua orang perolehi, nikmat yang orang dahulu berkubang darah untuk menegakkannya.

i

Ujian

Allah datangkan ujian kepada kita untuk menguji sama ada kuat atau tidak kebergantungan kita kepadanya.
Allah sentiasa memperingatkan kita, kerana DIA sayang akan hamba-hambanya. Dalam surah Al Ankabut ayat 2-3 Allah menyebut :

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,”sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Kemudian Allah memujuk hamba-hambanya agar sentiasa redho dalam menghadapi ujian. Allah berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 286 :

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Sungguh, Maha Baik dan Maha penyayang Allah.

ii

Sabar

Sedikit pengalaman, tentang diri saya, seorang yang agak kurang sifat sabar. Sifat sabar senipis kulit bawang. Tapi hasil bergaul dengan rakan-rakan, Alhamdulillah, darjah kesabaran itu semakin naik, tidak banyak, tapi InsyaAllah lebih baik dari sebelumnya. Sedang konsisten meningkatkan darjah kesabaran. Kerana saya tahu kekasih hati kita Rasulullah pernah bersabda :

“barang siapa yang mensabar-sabarkan diri (berusaha untuk sabar), maka Allah akan menjadikannya seorang yang sabar…” (HR. Bukhari)

Mudah-mudahan kita sabar dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Memang mudah untuk kita meluncurkan kata sabar, tetapi amat sukar untuk bersabar apabila sedang marah. Maka, tingkatkan rasa sabar kita teman, dalam apa cara sekalipun, cuba,cuba, dan cuba untuk sabar. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan kita.

iii

Realiti Hidup

Mudah, tidak semua yang kita harapkan akan kita perolehi. Ujian, pasti akan datang, Cuma cara bagaimana kita menanggapi dan menyelesaikan masalah itu. Sahabat akan bertukar ganti, tetapi sahabat sejati insyaAllah sehingga ke syurga nanti. Masalah seberat mana pun, pasti akan ada jalan keluar, Cuma bagaimana kita selesaikan perkara tersebut. Selagi kita hidup, Pasti kita akan lakukan kesalahan, tetapi bagaimana kita menjadikan kesalahan itu sebagai suatu yang paling bermakna dalam hidup, agar kesalahan itu menjadi guru terhadap diri kita. Doa, senjata yang paling ampuh untuk orang mukmin, Cuma bagaimana kita yakin bahawa itu adalah usaha yang terbaik selepas usaha. Transisi kehidupan akan berubah, ideologi, cara pemikiran, cara bertindak, akan berubah berdasarkan orang sekeliling dan cara kita bergaul. Maka pilihlah orang yang baik-baik dan soleh. insyaALlah kita mampu menjadi kearah itu. Akhir sekali, panduan atau manual yang paling berharga untuk kita rujuk, yang ramai orang sudah tinggalkan, iaitu Al Quran.

iv

Penutup

Moga Allah mempermudahkan urusan sahabat sekalian. Moga Allah berikan kekuatan untuk kita menongkah bumi. Moga Allah sentiasa merahmati apa yang kita lakukan. Moga Allah terima taubat kita. Moga Allah berikan kita pengakhiran yang baik. Moga Allah tidak memalingkan kita dari kebenaran. Moga-moga usaha yang sedikit ini Allah berikan kerahmatan kepada semua sahabat yang membaca. Syukran.

Jika kita mahu semuanya akan jadi dengan izin Allah. insyaAllah.

p/s : Jangan lupa undi PAS untuk PRU 13. Sekian.


Tuesday, February 7, 2012

Blog

Sudah lama saya tidak menulis. Eh bukan, menaip sesuatu di blog saya ini. Entahlah, kadangkala rasa malas, rasa tidak ada yang perlu di curahkan. Kadang kala ada beberapa perkara yang saya ingin kongsikan. Tetapi waktu itu saya berada bukan di hadapan komputer riba saya. Bila pulang ke rumah, saya terus lupa. Lemahnya saya. Kadangkala ada beberapa perkara juga yang ingin saya kongsikan, tetapi bila saya sudah siap menaip dua atau tiga perenggan, saya biar ia berperam di “draft”. Kadangkala saya “delete” sahaja. Kerana memikirkan tidak perlu rasanya berkongsi perkara sedemikian. Hehehehe. Keseduhannya, blog ini terbiar begini. Alangkah ruginya. (sebenarnya saya lebih selesa dengan muka buku). Mudah dan cepat.


Tetapi bila lihat dan baca “entry” lama, saya senyum sendiri, saya pernah rasa ter candu dengan blog. Sehingga kadangkala hari-hari saya tatap dan hias blog saya. Jika ikut perkiraan, tidak tahu “layout” blog saya kini adalah yang keberapa. Hehehehe. Sekarang saya mula ketagih dengan muka buku. Tetapi tidak tahu sampai bila fenomena itu. Kerana saya akui, manusia sifatnya akan bosan akan sesuatu. Seperti apa yang terjadi dengan saya dan blog.

Tengok, dua perenggan saya karang adalah sebab blog. Hahahaha. Tidak ada langsung kepentingan untuk umat sejagat.

Oh ya, saya sudah tamat pengajian. Alhamdulillah. Saya sudah berjaya di anugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Cuma saya belum menjalani istiadat konvokesyen sahaja lagi. Tarikhnya? Entah, saya pun tidak tahu, itu kerja si aristokrat universiti. Keputusan? Alhamdulillah, lebih dari sangkaan dan kemampuan saya. Tidak ada apa yang boleh saya katakan, selain rasa syukur kepada Allah. Saya berharap, di akhirat sana, saya peroleh keputusan yang cemerlang bila di hitung kira di hadapan Allah kelak.

Sekarang saya berada dalam zon cuti. Maksud cuti saya, ialah cuti tanpa kuliah dan tugasan sebagai seorang pelajar. Saya masih ada cita-cita untuk sambung belajar. Tetapi kehendak itu perlu di letak tepi dahulu. Ada beberapa perkara yang perlu saya lunaskan dahulu, sebagai seorang anak, abang, dan adik. Sudah PASti, tugasan sebagai seorang rakyat yang baik juga saya perlu lunaskan.

Ok. Sudah. Doakan saya.

Cepat dapat kerja. Cepat kahwin. Sekian. ^_^ .

Ouh ya. Kalau ada yang tertanya-tanya di dalam hati, kenapa saya tulis perkara di atas. Jawapannya, ia adalah untuk saya. Sebab perangai saya, saya suka baca “entry” lepas. Tunggu saya tua (kalau sempat) . saya akan baca kembali. Mungkin ini boleh memberi secalit senyuman pada garis-garis muka.


Tuesday, November 29, 2011

K a w a n


Saya jarang untuk meluah rasa, kerana saya tahu, hanya Allah tempat paling baik untuk meluah rasa. Tetapi rasa ini adalah untuk semua, agar ia menjadi panduan untuk kita merasa dengan lebih baik. Agar kita tahu meletakkan rasa di tempat yang paling tepat. Agar kita tahu untuk memberi rasa di tempat yang lebih baik. Agar kita meninggal kan rasa kepada orang lain dengan perkara yang bahagia sahaja. Agar kita tidak menggagau teruk di akhirat kelak, akibat ketirisan teruk mulut kita.

Hati saya tiba-tiba seperti rasa sakit. Normal bagi seorang manusia seperti saya, yang punya hati untuk merasa. Ya, rasa sakit, bukan sakit luka. Tetapi sakit di pangkal-pangkal hati mungkin. Belum parah.

Kawan,

Bila kita berkata kawan, lihatlah masa lalu kita.

Agar kau rasa bahawa ia adalah pengajaran terbaik untuk kau, untuk kau rujuk sepanjang hidup kau. Pengajaran untuk aku juga.

Kawan,

Tahukan kamu, kadangkala kata-kata kita akan berbalik kepada kita.

Dan mungkin kita akan rasa perkara yang sama. Ya rasa sakit ini. Tetapi aku berdoa ia tidak terjadi kepada kau kawan.

Kawan,

Adakah kau tahu, bahawa Tuhan itu sangat maha bijak menyusun segalanya, agar kau dapat melihat perkara yang berlaku ini adalah ujian yang datang untuk memberi kau rasa sebaiknya.

Agar kau lebih dekat pada DIA. Agar kau rasa DIA segala-galanya. Ya, sudah semestinya untuk aku juga.


Kawan,

Adakah layak kita menghukum sesuatu atas dasar perasaan dan kecetekan ilmu kita?

Maaf.  Atas dasar tidak suka, kita melakukan konklusi mudah. Tidak suka? Adakah rasa itu seronok kawan? Ya, aku juga tidak suka rasa itu. Dan aku rasa kau pun sama.

Kawan,

Kadangkala kata-kata kita buat orang jauh dengan kita. Kerana pemberian rasa kita pada mereka?

Ya, rasa sakit ini. Rasa yang aku rasa sekarang. Rasa yang kau beri kawan.

Kawan,

Pernah kah kau rasa, kau betul pada setiap masa?

Sedangkan orang di sekelilingmu memandang kau serong sepanjang masa? Aku pernah rasa, atas akal  ku yang dangkal. Menyesal ~

Kawan,

Aku rasa sakit yang amat, rasa sakit ini aku luahkan di sini. Aku minta maaf. Kerana aku tahu kerjaku banyak lagi untuk agamaku, daripada aku melayan rasa. Tetapi, aku harap taipan aku ini memberi kesedaran kepada ramai manusia. Agar berfikir dahulu sebelum bertingkah kata. Ya termasuk aku juga kawan, sekali lagi aku tauqid-kan. Untuk Aku juga.

Kawan,

Ia juga untuk aku, tidakkah engkau pernah membelek Qalam Tuhan yang maha agung dalam surah As Saff ayat 3.

Mafhumnya Amat besar kebenciannya di sisi Allah apabila kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya”

Ya. Sekali lagi. Pesanan ini untuk aku juga kawan. Dan untuk kau juga kawan. Agar kita berhati-hati di lain masa.

Kawan,

Rasa ini masih ada. Mungkin akan aku simpan buat seketika, melayan rasa. Rasa yang kau beri, moga akan aku ingat kau kawan. Atas pengajaran yang kau beri untuk aku. Terima kasih kawan.

Akhir sekali kawan,

No Hard feeling ! wassalam .

untuk yang bergelar kawan. aku mohon seribu kemaafan. ^_^ .



Muhammad Abu Handhalah Bin Kamil,
Ruang Tamu, 2.1.6,
Kolej Harun Aminurrashid, UPSI,
1.36 pagi.Rabu.

Saturday, November 19, 2011

Pergi

Semua orang akan PERGI. ke suatu tempat yang di gelar alam Barzakh. kita sudah sedia?

Tempat bagi orang-orang yang beriman untuk berehat setenang mungkin dari urusan dunia yang memenatkan. ia juga tempat yang pedih, bagi orang yang mengatakan dunia dan seisinya milik mereka, sehingga lupa untuk sujud pada yang ESA. 

mudah-mudahan kita sudah sedia. mungkin sekejap lagi kita dijemput untuk pergi. Jazakallah. wslm.

Friday, November 4, 2011

Al Fateh

Saya punya teman baru . saya rasa dia berjantina Jantan . sebab dia cool macam saya . saya beri nama dia Al Fateh . saya sayang dia . tapi tidak melebihi sayang saya pada Allah,keluarga dan sahabat saya yang lain. :)

saya harap dia boleh bantu saya untuk islam. saya harap ada gunanya dia untuk islam. sebab itu saya beri nama dia Al Fateh. maksudnya membuka. saya harap dia boleh jadi pembuka jalan untuk orang mengenal Allah. 

ini dia Al Fateh saya . Kacak bergaya . hahaha .


Alhamdulillah . ada rezki lebih . moga ia memberi manfaat . selamat datang Al Fateh . :) 

Friday, September 23, 2011

Sudah dua Minggu

Assalamualaikum .

Sudah dua minggu kuliah bermula , dan saya sudah berada di semester 8 , semeseter untuk senior-senior kacak lapuk macam saya menghabiskan waktu-waktu terakhir di universiti , sebelum melangkah ke alam pekerjaan , itupun jika panjang umur. 

Maka saya pasti , zaman universiti ini akan saya rindui , kerana waktu sebegini tidak akan berulang dua tiga kali. kahwin pun sekali je tau . waktu-waktu saya sibukkan diri seperti selalu akan berlalu , mungkin lepas ini akan sibuk dengan perkara lain pula , ya lah , kawan-kawan saya pun dah ramai yang mendirikan rumah tangga. saya? entah bila . berak canggung makan tanggung. jadi mungkin tunggu setahun dua lagi . MUNGKINlah. 

blog ni dah jadi macam diari saya , biarlah . lepas 10 tahun lagi , saya akan gelak-gelak baca apa yang saya tulis , itupun kalau saya hidup lagi . mudah-mudahan , Allah panjangkan umur kita untuk beribadah . ^_^ .

Saya ingin kongsikan sesuatu buat sahabat semua sebelum saya menutup penulisan merapu saya ni . mari renungkan terjemahan dari surah as saff ayat 3 :

amat besar kebencian disis Allah , apabila kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya .  
Grievously odius is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not

maka berhati-hati dalam berkata , takut-takut nanti kita akan di hisab akibat dari kata-kata kita . selamat beramal ! jazakallah khair . wassalam !

Sunday, September 4, 2011

Silih berganti

Assalamualaikum.

manusia yang hadir dalam hidup saya, silih berganti. ada yang membawa gembira, ada yang membawa duka. kadangkala mereka datang tidak di minta, akhirnya berjaya menjadi orang yang mampu mengisi sisi-sisi gembira dan duka dalam hidup saya. hidup yang penuh fasa transisi perubahan, yang kadangkala saya berfikir. mereka hadir untuk memberi ilmu dan menguji keimanan yang ada.

Alhamdulillah . saya bersyukur mereka hadir dalam hidup saya. kerana mereka saya dewasa . Sahabat yang soleh itu lebih baik dari segunung Emas. =)

Jazakallah . Salam Eid Fitri . buat semua . Andai ada salah dan silap . jika ada hutang yang belum berbayar . Khabarkan . insyaAllah akan tunaikan . 

-inginmenjadianaksoleh-

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,