Wednesday, April 13, 2011

t i d a k | s e n g a j a

secara tidak sengaja kita berkenalan.
pada mulanya saya memang tidak suka.
ya lah, berkenalan secara tidak sengaja.
dan ada juga unsur-unsur paksa.
jujur saya tidak suka.

namun, saya rasa awak tanggungjawab saya.
mula saya berikan ruang supaya awak masuk perlahan-lahan dalam hidup saya.
akhirnya saya dapat terima awak dengan sepenuh hati.
saya sayang awak sepenuh hati.
saya takut suatu hari nanti saya kehilangan awak.

mimpi ngeri saya jadi kenyataan.
betul awak pergi tinggalkan saya.
saya iringi awak dengan air mata.
tetapi saya rela dan redho
kerana saya tahu awak mesti pergi.
dan awak juga tidak rela tinggalkan saya.
dan awak janji nak gantikan yang baru untuk saya.

saya terima janji awak.
dan ya, awak berikan sesuatu yang baru pada saya.
memang pada mulanya saya kekok.
tetapi saya cuba untuk terima.
dan akhirnya saya terima.
walaupun saya tak rasa seperti dulu
tetapi saya tetap gembira.
sbb bayangan awak masih ada.
tetapi jujur saya masih teringatkan awak .

awak ajar saya erti persahabatan.
awak ajar saya erti pengorbanan.
awak ajar saya erti kesetiaan.
awak ajar saya erti kasih sayang.
awak beri saya erti kepimpinan.
awak beri saya erti asertif diri.
awak beri saya erti kefahaman.

banyak perkara awak beri pada saya.....

tetapi sekali lagi saya kena pergi awak.
kali ni. saya yang tinggalkan awak.
saya terpaksa.
saya sedih awak.
tetapi saya kena juga tinggalkan awak.

satu sahaja saya nak awak tahu.
yang saya sayangkan awak sepenuh hati.
cuma saya terpaksa pergi.
itu sahaja. sebab saya tahu awak akan jadi lebih baik.
dengan adanya orang baru dalam hidup awak.
saya tahu mereka akan jaga awak sepenuh hati seperti saya.
mereka akan sayang awak sepenuh hati seperti saya sygkan awak.
mereka akan beri awak sesuatu yang lebih baik.
mereka akan berikan lebih baik daripada saya beri pada awak.
awak jgnlah risau ya !
saya pasti akan ingat awak selalu
sebab awak ajar saya untuk menjadi dewasa .
saya akan kenang kenagan kita bersama ya.
kemas-kemas dalam jiwa saya.
2 tahun kita bersama
terima kasih awak !


TERIMA KASIH JMK KHAR !

:::::::::::::::::::::::::::::::: ::: ::::::::::::::::::::::::::::::::

kepada orang baru. pesan saya.
jaga buah hati pengarang jantung saya baik2.
jgn biarkan ia berduka.
tatanglah bagai minyak yang penuh.
saya bersalah. sebab tak jaga dia baik-baik.
saya serahkan pada anda . =)

jaga JMK KHAR elok2. =)

:::::::::::::::::::::::::::::::: ::: :::::::::::::::::::::::::::::::::

tahniah dan takziah saya ucapkan
sungguh tanggungjawab yang anda pikul sangat berat.
seperti ada seketul batu di pundak.
ambil la ia sebgai pengajaran dan pembelajaran.
serta pengalaman.

buat adik-adik usrah saya.
kamal. shamim. husairi. hafez. dan ilham.
banyak benda yang telah saya sampaikan.
ambil lah sebgai panduan.
yang baik anda ambik. yang buruk jadikan sempadan.
tanggungjawab anda semakin besar.
belajarlah untuk menjadi dewasa
dan saya tahu anda semua hebat-hebat belaka.
lebih hebat dari saya =)

buat sahabat seperjuangan yang akan meneruskan sidang baru
shahrir.zurin.ika.hala.
buat yang terbaik
pastikan anda lebih baik.
cabaran pasti berbeza.
dan pengalaman anda yang lebih itu akan memandu.
jgn risau anda pasti boleh.
jadilah ketua.abg.kakak. kepada anak buah.
dan saya pasti anda lebih tahu .

kepada yang bakal naik.
walaupun saya kurang bersama anda.
tapi anda adalah yang terbaik dalam kalangan terbaik.
gunalah peluang dan ruang yang ada utk menambah ilmu
proses pembelajaran itu masih panjang.
saya doakan yang terbaik buat kalian.

:::::::::::::::::::::::::::::::: ::: ::::::::::::::::::::::::::::::::

buat sham.ilya.rie.kaknisah.jijah.lyn.shirah.atau.waheeda.
fizan.pakdin.mirul.fatin.awin.fakri.krishna.lian.
francis.wak.rina.achik.mariyah.su.aisyah.
kita teruskan perjuangan di lapangan yang lain
seronok kenal anda semua.
terima kasih daun keladi.


ha ha ha.
saja tulis awal
walaupun tak letak jawatan lagi.
tapi ini serius dari hati saya yang dalam !

. . sahabat . .

. . usrati . .

selamat untuk semua.
wslm.

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,