Saturday, January 31, 2009

kenangan debat ASTAR

assalamualakum..
lama dah aku tak tulis entri baru, aku sebenarnya baru balik dari UM, jadi aku nak tulis la pengalaman aku kat UM tu..heheh..bukan sebab dekat UM takde WiFi, tapi aku jadi malas nak mengupdate blog kat UM tu disebabkan aku takleh masukkan gambar, sebab USB handphone aku tinggal....hehehhee..jadi dah sampai UPSI baru aku mau update blog aku...hehehehhe....

aku ke UM sebab ada pertandingan debat ASTAR, atas kapasiti sebagai seorang pengiring yang dicakap banyak membantu ( ye kot, aku tak rasa macam tu pun) hehehe..tapi apa pun, itu bukan pertikaiannya, yang penting apa yang aku dapat di sana.....

hari pertama

macam biasa, hari pertama ialah hari untuk mendaftar...ramai juga yang mendaftar hari ni, menurut pengetahuan aku yang agak cetek ni, debat ASTAR adalah platform untuk pendebat junior, namun apa yang mengherankan aku, pada waktu mendaftar, aku melihat ramai la sangat pendebat senior yang namanay takleh disebutkan disini bagi menjaga nama dan maruah diri, tapi takpelah, hak mereka untuk bertanding, jadi kita bersaing secara sehat.....caiyok3...

malamnya kami di perkenalkan kepada runner setiap team, tem baehaqi dapat runner lelaki..(aku tak tau namanya) sebab aku tak mesra alam sangat ngan lelaki..hahahha..runner team kaza iala perempuan, namanya kak yana..hehehe..yang ni aku jadi mesra alam sekejap...pasaltu la aku kenal dia..best oo dia ni..sporting abeeeessss...( senyum la tu kak yana).


kak yana...buat apa tu? sapu kamera ke?

setelah habis sesi beramah mesra dan makan...( sedap makanan malam tu )....apa lagi naik bilik dan tidur la...ehhehhe...

Hari kedua

huarrrgggghhhh...mengantuknya arini..tapi gagahkan juga aku bangun.. hari ni ada 4 perlwanan saringan, tapi sayangnya aku tak dapat tangkap banyak gambar sebab hp aku dibuat untuk menjadi jam penjaga masa...hhuhuh..sedey3...tak la dapat tangkap gambar banyak2..aku letak ja la gambar yang aku sempat tangkap....

suasana dalam dewan..( abg dato cakap apa tu?)

team kaza...tak silap aku ni pusingan yang ke 3.lawan IPSM. (guru vs guru )

team IPSM... agak hebat juga.

setelah berakhir 4 perlawanan team baehaqi, menang 4 perlawan, dan tem kaza menang tiga perlawanan..mudah2an hari esok dapat buat yang terbaik untuk team UPSI, kedua2 duanya.

hari ketiga.

bermula lagi satu hari yang agak memeningkan aku, dah la aku selsema + nak demam, tapi takpelah kerana team upsi dan kawan2 debatku aku rela berkorban..(heheh..patriotik tu)..tapi takpe sebab cinta kepada debat,..

hari ketiga laluan yang mudah buat kedua2 team upsi untuk melangkah ke peringkat Octo final(aku pun tak tau apa tu). tapi agak kurang bernasib baik team kaza kalah pada peringkat akhir, tapi team baehaqi telah megubat kedukaan di hati, sebab menang lawan utm pada octo final dan melayakkan satu team upsi untuk ke suku akhir (satu pencapaian yang membanggakan!!)

hari keempat.

hari ni aku agak sihat, walaupun masih selsema. semangat ni, sebab nak pi sokong team baehaqi menentang team dari UM (hebat jga diorang ni). dapat pula tajuk yang berat, isu palestin : ibarat menjolok sarang tebuan, apa lagi jadi pembangkang, so kena la siapkan diri dengan konsep yang tidak dijangka oleh kerajaan dan konsep bangkangan yang kuat di meja pembangkang.

overal pertandingan aku menyangka team UPSI mampu untuk buat kejutan, tapi sayang rezeki tidank menyebelahi UPSI, Allah tak nak beri lagi kemenangan kepada team UPSI,ada hikmah di sebaliknya untuk melihat sama ada kita bersyukur dan redo atau tidak.,,tapi aku bangga dengan team UPSI. kerana telah dapat buktikan yang kehadiran UPSI dalam arena debat dapat memberi persaingan yang amat sengit kepada team universiti lain yang dikatakan hebat. aku harap suatu hari nanti aku dapat jadi macam mereka. AMIN...

gambar-gambar yang sempat aku snap!!

dewan tun perak kolej ASTAR

UPSI VS UTM
sahabat lama yang amat rapat dengan ku matassian (sering tegur aku kalau aku salah) ini la namanya kawan sejati..gembira dapat jumpa ko kat UM yan..hehhe..ada peluang jumpa lagi kita.

fendi asmat..pendebat UKM.. merangkap tok guru aku di sekolah dahulu..beliau yang ajar aku cara berpidato, yang menyebabkan aku minat berdebat. terima kasih fendi. moga satu hari nanti aku berkesempatan berdebat dengan ko.gembira dapat jumpa ko di UM.

kama?? eh bukan..din katanya..jangan panggil aku kama...tengok la lawak jenaka senior aku ni, sungguh menggelikan hati, aku gembira ada kawan macm ko din. hehehe.....korang fikir la sendiri dekat mana dia bergambar ni dan kenapa..tapi apa yang penting ini masih di UM.

last but not list : sesi post moterm.

abg indra tengah memberi ucaptama dan nasihat kepada junior2

abg faizi (yg tunduk), abg dato (yg senyum), dan suhaimi (serius juga)..aku gembira dengan korang semua.

minie ( jgn sedih2 ba)..aini..apa hang wat tu??? ( aku ceria dengan mereka..jadi berwarna warni hidupku..)

kak nadia & kak bib ( dua2 diva upsi) , nadia fitriyana dan syira..mawar berduri dalam team baehaqi dan kaza.

ni yang aku grab dari kak yana(runner yg best)

suhaimi, aku, fawiz, din....jejaka macho dalam kelab debat..tak nok tau...hahahah.

korang tengok la dan teka, siapa yang paling ensem dan paling lawa..hahaha..motif.

ok lah...saya kira itu yang saya mampu coretkan buat kali ini..jumpa lagi di lain entri..
terima kasih buat semua ahli kelab debat upsi. banyak perkara yang aku belajar kali ini..
babai..jazakallah khair. wslm.

Sunday, January 25, 2009

happy chines new year to all my chiness friend.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru cina kepada sahabat-sahabat sy yang berbangsa cina terutamanaya sia jing, ting si tung, swan, dan chung wei lung..dengan ucapan moga sihat selalu dan jangan lupa bawakan aku angpow dan limau ya.hehehhe....

ok sampai sini dlu..tata...

Saturday, January 24, 2009

fuh..penat...

jam menunjukkan jam 1.38 pagi,akhirnya siap juga aku build up my blog again..selepas dimusnah kan sebentar tadi akibat kegatalan tangan ini mau buat try n eror...akibatnya aku terpaksa la cari template baru,tapi kata orang kalau tak cuba kita tak tau kan, jadi kalau nak belajar kena la berani cuba, tapi at last..it finish( dan rasanya lebih cantik dari dulu ). aku agak berpuas hati dengan rupa blog ku sekarang. jangan pula korang tanya kenapa aku suka mekap blog ni,hehehe..mesti aku akan jawab hobi....hehehe...

ok la..aku dah ngantok...telajak pulak subuh karang...tata...slamat malam.

p/s :Ain..cantik tak blog aku..hehehe...

Friday, January 23, 2009

makmal kaunseling...seronoknya.

salam,rasanya dah hampr seminggu aku tak menulis entri baru,almaklumlah sibuk dengan tugasan dan assigment (plus i play a games)..hehehe, tap arini mcm gatal pulak tangan aku nak menulis entri baru, mungkin boring melihat blog ku tidak di update rasanya,..lepas aku belek2 blog sahabat2 aku ain dan hafiz rasa gembira pula melihat mereka aktif menulis (rasa tercabar juga ne..heheh),lagi2 hafiz yang baru belajar buat blog,sungguh cepat dia belajar, maklulmlah budak cerdik..(jgn ko bangga fiz..hehhe..belanja aku).

sebenarnya aku nak cerita pengalaman pertama aku masuk makmal kaunseling, sungguh seronok, mesti korang heran kan, jangan ingat budak sains je ada makmal, kami pun ada la,hehhe, lagi seronok. dalam makmal ada dalam 11 orang termasuk instruktor 12 orang la. tapi yang bestnya dalam makmal aku ni ada rayan yang otak dia kadang2 siuman kadang2 tak, ataulah yg suka buat lawak, cik salmah yg nampak macam pemalu tapi tak sebenarnya, aisyah yang comel,kak mira yg trip muda, farah namila yg kiuuuuutt, farah kecek kelate, hafizah yang aku baru kenal, jezendrah yang pelat sabah dia pakat ba,nurul yang juga aku baru kenal, dan aku la yang malu2 kucing, hehehhe...oleh kerana semua keunikan yang kami ada, maka makmal tersbut menjadi gempak dengan lawak jenaka dari rayan,atau, dan cik salmah, heheheh...lawak2...tapi yang paling penting instruktor kitaorang yang sporting..puan norhayati...yg slalu cakap macm ne, (knp sayang)..hehhe...best kena panggil sayang,...

dalam makmal pertama ni kitaorang hanya mebina hububungan sesama sendiri saja dulu, tak buat praktikal apa2 lagi,supaya dapat membentuk keserasian antara kami,alhamdulillah mmg serasi...hehehhehe...sungguh seronok.denga cerita rayan yang selalu masuk bilik kaunseling, atau dengan gaya cakap yang agak pelik(jgn marah ya tau)...heheh, cik salmah yg wat lawak mengantuk...hahahha..susah juga ustajah tu sorang.....

nanti aku sambung lagi cerita makmal kaunseling aku, aku rasa mesti aku akan melalui kelas yang menyeronokkan dalam semester dua aku ne, AKU DAH MAKIN MINAT ILMU KAUNSELING!!!

ok kawan2...minta diri dulu..tata..jazakallah khair.

Sunday, January 18, 2009

betul ke aku nak jadi kaunselor??

salam...
tergerak nak menulis pula malam ne, tadi kawan ku si ain tanya aku: abu aku tgu post baru kat blog kau. aku jawabla...: adui, macam malas nak menulis kat blog. cuma mekap2 ja sikit petang tadi.

tapi korang mesti heran kan knp aku menulis gak malam ne, walau pun aku cakap ngan si ain aku malas nak menulis.takda idea konon..hehhe.tapi dalam takda idea ni..tiba2 timbul idea aku nak menulis...terlintas kat benak aku ni pas baca blog pensyarah aku..timbul juga rasa kagum kat encik aziz...hebat pengalaman beliau ketika jadi kaunselor.


dalam seronok2 aku membaca penulisan beliau..terlintas kat fikiran aku ni..betul ke aku ni nak jadi kaunselor, rasa ter amat berat la pulak tugas sesbagai kaunselor. aduh, aku tersentuh tgk cara encik aziz menangani masalah disiplin. satu perkara yg buat kau tersentak macam mana beliau jadikan pelajar yg paling bermasalah di sekolah tersebut menjadi ketua pengawas asrama dan pelajar sekolah yang bermasalah sebagai pengawas asrama. bingung juga aku macam mana beliau nak tangani pelajar macam tu. korang fikir la sendiri macam mana...betul mengikut rogers, bahawa kita kena menerima orang tanpa syarat. barulah senang nak hadapi sesuatu perkara.

aku juga kagum macam mana beliau menahan segala pandangan pesimis guru2 lain terhadap beliau dalam usaha untuk merubah sekolah tersebut. terlintas di fikiran aku, perkara ini berlaku dalam tahun 1992, macam mana pula aku pada tahun 2012 apabila dipostingkan kelak? aku rasa cabaran nya lebih hebat. aduh...mampu ke aku ni??

ligat otak aku berfikir, walaupun aku baru semester 2, perjalanan masih jauh. namun aku gagahkan otak aku untuk berfikir..mampu ke aku ni..dan aku bertanya pada diri aku..betul ke aku nak jadi kaunselor ni?? hanya kau dan Allah je yg tahu apa yg terbuku kt lubuk hati aku ni. berat rasa nya. mudah2an Allah permudahkan perjalanan hidupku. tapi Allah akan sentiasa menguji hamba2Nya. jadi, aku tak akan ter lepas dari ujian tersebut.

aku akan ambil semangat yang ada dalam pensyarah aku. untuk aku meneruskan cita2 aku untuk mendidik anak bangsa.memang itu yang aku idamkan sejak aku kecil, iaitu ingin bergelar cikgu. agar ilmu yang aku ada tak kan putus sehingga malaikat israfil meniupkan sangkakala.

doakan aku ya semua...syukran..jumpa di entri lain. tata...

Thursday, January 15, 2009

Debat IKIM : satu pengalaman yang berharga

salam ukhwah.

bertemu dalam entri yg baru, seperti biasalah, apa lagi kerja aku kalau menulis dalam blog ni, acara menceritakan pengalaman la jawabnya, untuk tatapan dan bacaan sahabat sekalian.

aku nak cerita taentang pengalaman aku ikut debat ikim, walau pun aku pergi sebagai pengiring (hehehe..dapat fly kuliah) tapi aku dapat input yg amat banayak, untuk pengetahuan semua, debat IKIM ni adalah debat yg lain dari yg lain, kerana debat ini lebih mengamalkan tatasusila dan peradaban dalam berdebat, berbeza dengan debat2 universiti yg lain yg agak terbuka atau liberal rasanya.

tapi bukan itu yg aku mau cerita sebenarnya, we go to the point...hehhe,UPSI kalah waktu suku akhir lawan dengan IPIS.adui, sedih rasanya, tapi takpelah,bukan rezki kan, walau aku hanya pengiring tapi sedih jga sbb kalah,penat cari fakta...but the most important is i got the experience...best sangat..

lagi satu..makanan waktu debat IKIM ni sedap bangat...hehhe
sampai aini ngan shira susah nak berenti makan..korang tengok aini tu..siap kasi betul tudung lagi..feeling makan sedap sangat kan..hehehhe..(sory aini ngan shira..aku gurau ja ya)..seronok dapat pi debat ngan korang...

akhirul kalam..majulah debat utk upsi..mai la ramai2 kita masuk debat..hehehe..best ooo..dapat ilimu, dapat berdebat, dapat melancong, dapat fly kuliah..hehhehe..

jazakallah khair...tata..

Friday, January 9, 2009

ilmu silat gayung

salam ukhwah..
kali ni aku nak kongsi la dgn kawan2 ku, hari ni aku belajar satu ilmu baru, yang ku rasa akan berguna untuk aku pada hari ini,esok,dan seterusnya...hari ni hari pertama aku mendaftar untuk subjek ukk 1012(seni silat gayong malaysia), aku ambik subjek ni atas dasar minat yg mendalam dan nak cabar diri aku yang selalu je macam orang yg lembik..(heheh..mmg lembik pun kadang2)

tapi satu je la yg buat aku jadi sedih sikit, kuota15 orang masih tak cukup, jadi kemungkinan kursus ini akan ditutup jika tidak dipenuhi sehingga minggu depan, aku minta2 la ada yg akan isi kekosongan itu..sungguh aku amat berharap. sekian lama aku nak tutntut ilmu silat, baru sekarang baru aku berpeluang, aku tak mau mempersia-siakannya lagi. kerana kata orang,peluang hanya datang sekali, amat sukar utk datang buat kali kedua, kalau ada pun situasinya pasti berbeza.

tadi aku belajar dua step, agak canggung juga rasanya, sebab tak penah buat..tapi kata mat salleh practice make perfect..so i must keep on practicing to be more and more better every day. eh3..dah telebih cakap mat saleh plak..hehehe,(sebenarnya nak amik tesl tapi tak layak..simpan je la utk masa akan datang..heheh)

tapi apa2 pun memang aku seronok belajar silat gayong, walau pun agak lasak, tapi kena la aku tahankan diri, tidak ada cara yang mudah untuk kita dapat ilmu, pepatah arab ada mengatakan, man jadda wajadda waman zaraa' ila hasada, man kasala fasyala..maksudnya siapa yg berusaha dengan gigih maka apa yang diperolehi juga lebih dan orang yang malas akan gagal.

for the last but not list, aku harap ilmu yg ku dapat berguna utk aku dan orang lain, dan hati ku sentiasa dijaga oleh ALLAH agar aku tidak riyak dengan sedikit ilmu yang dianugerahkan olehNya kepada ku.

ok la..azan dah pun berkumandang..aku nak solat dulu..doakan aku ya..jazakallah khairan kasirah, wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Sunday, January 4, 2009

khaibar ya yahud...

tergerak hati ingin meluah perasaan terbuku di dada, terlalu sesak rasanya menahan rasa,berbaur perasaan marah,benci,geram dan dendam,namun tidak tahu di mana ingin meluah.rasa sebak mengenang nasib sahabat-sahabat di palestin. semalam sahaja angka kematian meningkat sebanyak 485 orang, ini yang dilaporkan yang tidak diketahui mungkin lebih banyak.


sungguh kejam zionis yahudi,langsung tiada peri kemanusian, memang patut ALLAH haramkan kaki mereka berpijak di bumi dan alam semesta,sungguh angkuh mereka di bumi tuhan. mengalir air mata ini dek melihat tanah palestin di bom sesuka hati...bila dilawan dikatakan pengganas. sungguh keji mainan yahudi dan amerika. jika aku dibenarkan untuk turut serta, akan ku turut serta melawan yahudi di palestin.

ya ALLAH engakau kuatkan la jiwa-jiwa rakyat palestin agar tetap tegar berpegang kepada tali-MU. Biar semua gugur sebagai syahid dan syuhada. amin.

p/s: terdetik tak di hati kita sedih dgn apa yg berlaku kpd palestin?

lembaran semester baru...


Alhamdulillah..
dah habis semester 1 pun saya, sekejap betul masa berlalu, tapi kehidupan mesti diteruskan,dah buka sem, tahun baru mesti banyak benda baru yang saya kena belajar,paling best skali saya dapat buat blog baru,ilmu baru saya belajar hari ini.penat juga nak mekap blog ne ya, baru belajar bertatih nak kenal alam siber yang kata orang banyak baik dan buruknya, mudah-mudahan saya tak terlibat dengan perkara yang buruk.terima kasih kepada saudari ain fathihah atas semangat yang saudari berikan,jadi juga saya buat blog ne,walaupun tak cantik tapi nanti saya akan kasi cantik.(jangan lupa ya ain folow blog aku..heheh..) mudah-mudahan akan jadi tempat untuk beri ilmu dan terima ilmu. jazakallah khair kasiran...wasalam

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,